>

Tuesday, 3 July 2012

SMK KUALA SELANGOR



Assalamualaikum w.b.t...
a little bit curious today..
please type " SMK KUALA SELANGOR " in ur google search or bing or yahoo search...
NOTHING..right??
if do, juz a little but not about this school..
ok...
ramai kawan aku cakap, sekolah ni ( tempat aku berpraktikal ni ) xfemes..
kepada rakan-rakanku...this info juz for u n others...
i am proud to be as a part of this school even juz for 16 weeks..

ni dia lencana sekolah...
simple but nice

ni dia bendera sekolah..
meriah kan..

KUNING
Sinar kecemerlangan dan kegemilangan masa depan demi  kesinambungan kedaulatan negara berasaskan kepada ruku negara serta pekenanan kepada nilai-nilai agama dan keimanan.

KELABU
Suasana persekitaran yang harmoni, tenang dan damai melalui perpaduan pelajar yang berbilang kaum demi mencapai harapan ibu bapa dan guru.

PUTIH
Kesucian, ketulusan, keikhlasan berasaskan ketinggian budi dan akhlak serta nilai-nilai murni demi melahirkan insan yang cemerlang dari aspek JERI.

HITAM
Kekukuhan , keberanian, ketabahan dan keiltizaman untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan sahsiah serta sanggup menghadapi cabaran pada masa akan datang.

BUKU
Menyedari kepentingan mendalami ilmu dalam  usaha menjana kecemerlangan duniawi dan ukhrawi.

RUMAH API
Mercu tanda serta kemegahan  Kuala Selangor.

5 BINTANG (bendera)
Melambangkan 5 prinsip Rukun Negara

JALUR PUTIH, KUNING & KELABU (bendera)
Sinar kecemerlangan dan kegemilangan yang sentiasa menjadi penguat semangat warga sekolah demi mencapai hasrat dan harapan masa depan. 


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Misi
MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI
PENDIDIKAN BERKUALITI

Visi
SEKOLAH UNGGUL PENJANA
GENERASI TERBILANG

Moto

PROAKTIF, KREATIF DAN INOVATIF


-------------------------------------------------------------

SEJARAH SMK KUALA SELANGOR


Sekolah ini merupakan sebuah sekolah baharu di bawah  Cadangan Pembangunan Projek Pendidikan Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Selangor di atas Lot 55 dan sebahagian Lot 56 Batu 1580, Mukim Api-api , Daerah Kuala Selangor yang telah siap pembinaannya pada 7 April 2011 di bawah pengurusan kontraktor Tuahmahir Sdn Bhd dengan kos perbelanjaan RM 27,000,000.00 Sekolah ini daripada 8  Blok bangunan iaitu 2 blok pentadbiran, 2 blok akademik, 2 blok makmal/bengkel, sebuah  dewan dan sebuah kantin. Sekolah ini juga mempunyai 33 buah bilik-bilik khas dan 30 buah bilik darjah

Pada awalnya, sekolah ini diberi nama SMK Taman Sirambai namun dengan kata sepakat dari pihak pengurusan dan pihak PPD ia telah ditukar nama  dan telah menjalankan semua operasi dengan menggunakan nama baharu iaitu SMK Kuala Selangor dengan kod sekolah BEA 3086 yang berkuatkuasa pada 25 Julai 2011.

              Sekolah ini telah menerima kehadiran 2 orang  pentadbiran, 2 orang guru dan 2 orang staff untuk membuat pengurusan sementara Jun- Nov 2011 sebelum sekolah beroperasi sepenuhnya. Lantaran itu, sekolah ini sedikit demi sedikit telah mengorak langkah menjalankan operasi dengan membuat pengurusan dalaman merekod buku teks, merekod aset invontori , proses penukaran nama sekolah, penerimaan alatan serta kelengkapan sekolah. Pihak pengurusan awalan ini telah berjaya mencipta lencana dan bendera sekolah yang menjadi lambang kemegahan sekolah.

Dari situlah kami telah mengorak langkah demi langkah sehinggalah  kini SMK Kuala Selangor telah memulakan langkah untuk beroperasi sepenuhnya setelah Majlis Penyerahan  kunci  yang disempurnakan oleh Y. Bhg. To’ Puan Rabiah bt. Haji Safian, Timbalan Setiausaha Bahagian (Pembangunan) pada 1 Nov 2011 yang lalu .

Pihak sekolah mendapat surat pengesahan untuk menjalankan operasi sepenuhnya pada 15 Nov 2011 apabila 13 orang guru yang terpilih untuk menjadi tenaga pengajar di sekolah ini dan seramai 87 orang pelajar Tingkatan 1 2011 yang telah mendapat tawaran untuk mendaftar pada 16 Nov 2011.

Pada 16 Disember 2011, En Abdul Hamid bin Takat telah melapor diri menjadi pengetua  pertama sekolah.  Mulai 2012 SMK Kuala Selangor memulakan operasi sepenuhnya dengan 24 orang guru termasuk pengetua, 2 staf sokongan, seorang pembantu makmal dan 319 orang murid yang akan bertambah dari masa ke semasa.








5 comments:

  1. Salam sis. nama saya rabiyathul. Saya bakal ke SMK Kuala Selangor 10Jun ni sebagai cikgu praktikal dari unisel.bila saya cari pasal sekolah ni saya ternampak blog sis.just nak tanya sis dulu praktikal kat situ stay mana yea? i really need your feedback since I'm new here. Anything pls msg me at 0179183475. harap sis boleh tolong.thank you.salam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAM..welcome to SMK KUSEL..full of naughty lovely students... saya juz duk kat Tman Kuala Selangor Utama (KSU). juz jalan kaki 2gether dgn students sebab dekat depan sekolah tu je.. try survey kat area tu kot2 ade umah kosong lagi..umah yang saya stay dulu dah ade orang.. :)

      Delete
  2. salam sis..sy nk tye..sy nk carik sekolah praktikum area selangor...blh sy tahu,sek ni ada ert form 4 x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..setahu saya, budak form time saya ngajar, adalh budak akaun..so, rsenye diorg xambik sbjek ert.. :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
menulis tanpa buku by copyright own Nad Zira