>

Saturday, 15 December 2012

Adat Di Dunia Allah

Bismillahirrahmanirrahim
Sejenak lari dari masalah 
Tak mudah untuk selesaikan masalah
Meskipun saban hari berdoa
Kadang-kadang doa itu perlu dengan usaha
Usaha lah sampai habis
Kemudian tawakal

Adat di dunia
Kita tak mampu memuaskan hati semua
Kita tak mampu menjadi betul pada setiap masa
Kita juga bukan betul pada jalan yang betul mahupun salah
Yang menentukan apa yang kita buat adalah niat
Meskipun tiada orang tahu
Meskipun tiada orang memuji
Meskipun sering dipandang serong
Kadang jua sakit di dada

Adat di dunia
Dunia Allah..Maha Agung
Kita berserah lah segala nya
Supaya kita sedar dunia ini untuk kita
Hanya lah sementara
Kadang aku berdoa untuk terus kuat
Kadang jua aku berdoa untuk rebah tanpa nafas
Kerana ketika itu aku rasa lelah untuk hadapi semua ini
Dunia Allah..Adat di bumi Esa
Selagi ada kesempatan yang diberi
Kuatkan lah aku supaya aku mampu berdiri
Tanpa sokongan..dokongan..
Insyaallah..Engkau ada dengan ku..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
menulis tanpa buku by copyright own Nad Zira