BULAN SYAABAN








kelebihan selawat dalam bulan syaban


Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.
Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia ini keranabulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi maka terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat. Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu mailaikatlain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan memohon dari AllahSWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAWpada bulan Syaaban sampai hari Qiamat. Maka akan berguguranlah berjuta juta titik airdari tubuh malaikat tersebut.Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka seratus kalilah malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada tubuhnya. Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata memandang dan di sebelah kirisejauh mata memandang.Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjunganbesar Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun kedalam laut tersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayapdan bulu-bulu di badannya. Di permukaan laut tersebut Allah telah mencipta satu Malaikat yang amat besar. Di bawah arasy, Allah SWT telah mencipta sebuah laut yang amat luas sejauh mata memandang....

amalan sunat dalam bulan Syaaban



1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan
3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
iii. Bertaubat
iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

PAUTAN.....

Comments

Popular posts from this blog

Skim Pengakap Muda

BUKU LOG PENGAKAP KELANA