terima kasih CINTA



"Seandainya kehadiran ku di dalam hidupmu sebagai cahaya,
tetapkan la aku untuk terus di dalam hatimu,
untuk menyinari kehidupanmu"

Sayangi sebuah perkenalan,
kerana di situ terciptanya kemesraan...
kenangi sebuah perhubungan,
kerana di situ terciptanya kerinduan....
Hargai kedua-duanya,
kerana itulah rahmat TUHAN...

Jangan Tinggalkan Orang Yang Kita Sayang
Untuk Orang Yang Kita Suke,
Kerana Orang Yang Kita Suke
Akan Tinggalkan Kita Untuk Orang Yang Mereka Sayang...
Jangan Cuba Dapatkan Apa Yang Kita Sayang,
Tapi SayangLah Apa Yang Kita Dapat.....

Sekali kau sudi menerimaku
sejuta kali aku akan setia...
sekali bumi beredar
menerbitkan bintang di angkasa
bernafas di dada langit..
selagi itu kau ku cinta...

Bila mata tak dapat melihat,
hati mula tertanya-tanya...
bila telinga tak dapat mendengar,
hati mula terasa sunyi...
Bila rindu datang menjelma,
di manakah insan yang harus menemani...?

Andai dapat ku petik bintang,
kan ku sematkan di dadamu..
andai dapat ku capai bulan,
kan ku hadiahkan di hari jadimu..
Izinkan aku sayang,
merinduimu..
Izinkanlah aku sayang,
mencintaimu...
untuk selamanya..

Sulaman kasih terpaut di jendela
Harumnya merbak kasturi
Wajahmu puteri
Menghilangkan rasa syahdu bila kau hampiri
Luka dalam hatiku bila tiada lagi
Kau Kasih ku rindu
kerana pasti bersama selamanya

moga bersama selama-lamanya
Agar terbina mahkota yang dipohon dan sempurna
hanya Tuhan dapat memahami
buktinya cintaku harapkan
SEJATI selamanya..

Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,
mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta?
Andai kata derita itu harga sebuah cinta,
mengapa cinta itu semakin sukar untuk dimiliki??
cinta umpama kota kristal..
indah di penglihatan,derita di perasaan..

Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta,
tapi bila perasaan menjadi rindu,
tiba-tiba perasaan itu menjadi hilang dengan sendirinya..
dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya
KAMU TELAH JATUH CINTA....

Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak mampu terungkap oleh kata-kata.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin kan layu selagi adanya imbas kembali..
hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi...
jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada...
Parut yang lama pastikan sembuh selagi Iman terselit di dada

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani, sempurna hati. Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana aku serikandi dengan silam yang kelam. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, aku redha ketetapan Ilahi

kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang di saat kita sedang kehilangannya..
dan kadangkala kita menyedari betapa perlunya cinta seseorang terhadap kita di saat kita memerlukannya...

CINTA bukan paksaan..
Ia lahir dari dua perasaan...
kehadirannya tidak diundang,perginya tiada yang merelakan..
kerana ia terlalu sukar dimengertikan...

azrul azizul mukminin bin mohamed tahir
sekiranya diriku bukan tulang rusuk bagi dirimu...
izinkan aku berdoa supaya wanita yang layak untuk mu tidak seperti ku
cintamu..sayangmu..untuk wanita yang kenal dirimu...
untuk wanita yang cinta akan dirimu...
faham gerak laku mu...
menidak kelemahan mu..
menerima amaran nasihat mu..
ampunkan aku sekiranya diriku bebanan hatimu..
sekiranya aku mengguris hatimu...
hanya 1...
sekali aku menyayangimu...
selamanya aku cintamu
melainkan kata 1 dari mu..
"engkau bukan miliku"

terima kasih kerana buat aku bahagia
terima kasih menerima cinta yang menduga
terima kasih cinta


Comments

Popular posts from this blog

Skim Pengakap Muda

BUKU LOG PENGAKAP KELANA