Ramai orang mengantuk apabila berada dalam bilik kuliah. Aku yakin  (yang betul semangat nak belajar lah contohnya aku..haha) kebanyakan mereka langsung tidak berniat pun untuk tidur, cuma ada beberapa keadaan yang memang senang terlelap dalam bilik kuliah. contohnya...cuaca beriklim sejuk aircond dan sunyi tanpa gangguan)
Nak-nak lagi, kalau lecturer/cikgu yang ajar kita tu sopan santun dan bercakap sorang2)
Bagaimana untuk mengelakkan kejadian ini berlaku?
Mengakui sebenarnya aku pun sentiasa tertidur masa kuliah.paling baik pon menguap hampir 20x untuk kelas yang 3jam sampai kerongsang tudung kt bawah leher ni tercabut.Tapi tak selalu lah kan, ikut kelas apa. Kadang-kadang bukan sebab tak cukup tidur. Kelas yang agak boring dan dia punya graf pensyarah mengajar atau cikgu terlalu mendatar menyebabkan aku tertidor.mcm kat kusyen sofa. Minta maaf lah yer.
sedikit tips untuk mengelakkan mengantuk (macam terer jer)
1. Bawa gula-gula getah dengan kuantiti yang mencukupi. Apabila lecture start jer, makan sekaligus 2 biji gula getah serentak. Apabila mulut aktif mengunyah, kita akan susah nak mengantuk. Keberkesannanya bergantung kepada individu.
2. Bawa bersama air masak (air mineral pun boleh!). Mengikut kajian saintifik, otak kita ini memerlukan 80% air. Kita rasa ngantuk sebab oksigen kurang ke otak, walaupun hidung kita tak berhenti henti bernafas. bila minum air, bendalir badan kembali seimbang. Ini akan mengurangkan rasa mengantuk. >>>aku paling malas bawak botol air..sbb selalu tertinggal kat mana2
3. Bila mengantuk dalam kelas, selepas cuba menahannya tapi ternyata gagal, maka sila keluar dari bilik kuliah dengan serta merta!! buat lawatan ke tandas dan basuh muka. InsyaAllah tak ngantuk dah lepas ni. Nak lagi bagus ambil Wudhu.
4. Kalau mengantuk lagi setelah melakukan ketiga-tiga perkara di atas, suruh kawan sebelah/belakang urutkan bahu dan belakang. Tapi ingat, jangan sekali-kali urut leher atau belakang kepala kerana ini akan menyebabkan kawan anda tido lebih lena. lagi best kalau urut dari awal kelas sampai habes
5. Kacau kawan sebelah sampai tak rasa mengantuk. Ajak bersembang, tapi mesti pandai cover line. Padahnya, tumpuan kat kelas memang out lah!! baling kertas kecik yang bergumpal kat kawan2 ker..berbalas surat layang ker dgn kawan2 yang dekat
6. Main conteng-conteng.. Tulis, nak tanya apa-apa pastu passing. Pernah juga kantoi. Tapitu dalam cerita televisyen. Yang real, kitaorang pro maa. Kalau boleh tuh, main bluetooth guna hanphone, canggih sikit. Alah, bbm blackberry pun ok jer. Main tic toe pun ok jer.
7. Kalau mengantuk gak lagi, Azan jelah dalam kelas...Nanti syaitan kan lari. Kalau kawan kelas cakap kau gila, kau cakaplah, syaitan lagi gila kacau aku nak belajar..
8. Pergi ke kawasan yang bercahaya...kawasan yang bercahaya dapat menyegarkan mata kita yang berat bagaikan sekampit beras yang bertempek kat mata korang tu. Boleh duduk bawah lampu, kalau kelas tuh gelap. Memang nahas lah. Favorite untuk tidor.
9. Letakkan wangian aromaterapi...Ada wangian aromaterapi yang boleh memberikan kita kesegaran yang kita perlu. Letaklah berhampiran dengan meja kerja korang sebab bau yang segar tu boleh merangsang deria bau dan juga mengurangkan rasa mengantuk. Cadangan wangian ; mint, lemon. Tapi kalau nak gempak, letak kapur barus. Haha!!
10. Dengar muzik...Tapi pastikan muzik yang agak sentimental. Jangan slow, lagi cepat tertidor kang. Rock-rock pun ok gak. Biasanya budak perempuan yang buat, sebab pakai tudung boleh cover headphone. So, dalam kelas tuh duk angguk-angguk. Padahal tak paham apapun.
11. Buat senaman....Ia dilihat berkesan, sebab bila buat senaman badan kita ataupon otot kita ni bergerak. Jadinya segala abdomen badan  kita yang malas akan terjaga dan akan mengaktifkan hormon korang. cuba korang buat senaman poco-poco pun BOLEH!!
12. Pandang sekeliling....Jangan la korang asyik fokus satu tempat , Papan hitan, papan putih depan tuh! Memang la mengantuk, kalau dalam kelas tu mengadap jek muke lecturer yang bengis tuh memang penyebab korang ngantuk. Jadi disarankan agar korang pandang la jugak sekeliling, lagi untung kalau time mengantuk ada awek lalu tepi kelas. CONFIRM celik mata korang. Kelas degree aku semua lelaki, hampeh!!
13. Banyakkan bertanya...Selain dapat elakkan mengantuk, dapat lagi kita paham (jangan terlebih paham sudah) dalam kelas tuh. Tetapi jangan tanya benda yang sama jer. Kantoi sangat tuh.
14. Tidur jer....Habis cerita. Kadang-kadang ada ectuer yang jenis tak kisah, kalau student tidor depan dia. Yang penting assignment siap dan kelas datang. Lambat masuk dan tak bagi respons dalam kelas, lain ceritanya.

Comments

Popular posts from this blog

Skim Pengakap Muda

BUKU LOG PENGAKAP KELANA