~hAid vs WanITA~

beberapa info yang perlu semua wanita tahu saya ingin kongsikan di sini...beberapa petikan saya petik dari sebuah buku yang bertajuk AJAIBNYA WANITA dan beberapa artikel dari laman sesawang...sedikit tersentuh dan ngeri apabila membaca buku AJAIBNYA WANITA tersebut.hal ini kerana, saya sebagai perempuan yang belum berumah tangga begitu cetek ilmu mengenai WANITA..buku itu membicarakan masalah yang sering dihadapi oleh kaum HAWA ini..mungkin rakan semua tidak begitu alert tentang masalah2 tersebut meskipun hanya masalah yang kecil misalnya sakit pinggang yang terlampau.mungkin kita fikir, penyebabnya adalah beba kerja yang berat..mungkin anda semua tidak tahu, hal ini juga berkaitan dengan organ2 yang istimewa pada perempuan.
anda seringkali mengalami rasa tidak selesa atau sakit ketika datang haid ? Keadaan ini juga dikenali sebagai dismenorhea atau kekejangan haid.
PENYEBAB?
  • Biasanya ia berlaku ketika pengovulan (telur dikeluarkan dari ovari)
  • Apabila seseorang wanita itu memiliki paras bahan kimia badan yang tinggi seperti prostaglandin yang dikeluarkan oleh rahim semasa haid.
GEJALA GEJALA NORMAL
  • Kekejangan otot di bahagian bawah abdomen dan sakit belakang.
  • Kelesuan
  • Loya dan muntah
  • Sakit kepala
  • Keletihan dan pening
  • Dalam beberapa kes kesakitan tersebut merebak hingga ke bahagian sulit seperti bahagian peha dalam.
Jenis-jenis Sakit Haid (dismenorhea)
Primer:
  • Berlaku di kalangan remaja yang baru mula datang haid.Ianya akan berkurang apabila umur mereka meningkat atau selepas melahirkan anak.
Sekunder:
  • Disebabkan oleh masalah-masalah sistem pembiakan seperti jangkitan kuman, endometriosis (kehadiran bahan berselaput dalam rongga pelvis).
PENJAGAAN DIRI SANGAT PENTING
  • Baring melentang dengan meletakkan bantal di bawah lutut anda sebagai pengampu/penyokong.
  • Letakkan pad panas atau botol air panas di atas abdomen anda atau di bahagian bawah belakang anda.
  • Mandi dengan air suam.
  • Urut di bahagian yang sakit.
  • Lakukan senaman ringan untuk meningkatkan pengaliran darah dan mengurangkan sakit pelvis.
  • Teknik-teknik relaksasi
  • Banyakkan berehat
  • Atasi stres anda. Katakan 'tidak' kepada tekanan.
  • Dapatkan tidur yang berkala/tetap ketika hendak datang haid.
  • Pengawalan pemakanan.
  • Tingkatkan pengambilan serat dan minum lebih banyak air untuk mencegah sembelit.
  • Minum secawan teh pudina panas untuk melegakan kesakitan anda .
RAWATAN PERUBATAN DAN KAEDAH MENCEGAH
Rawatan perubatan yang boleh didapati termasuklah:
  • Ubat penahan sakit seperti parasetamol, salisilat, ubat asid mefenamik atau ibuprofen. Walau bagaimanapun anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan ini.
  • Pil-pil perancang keluarga atau kontraseptif yang diambil secara oral (menelan) boleh mengurangkan kesakitan haid primer.
  • Sakit haid sekunder memerlukan nasihat doktor untuk rawatan yang berkesan.
  • Hentikan penggunaan ubat jerawat jika mendatangkan kesan sampingan yang teruk.
  • Pakai pakaian yang longgar dan nipis jika jerawat terdapat di belakang badan atau dada. 

    >> Sekadar untuk berkongsi ilmu ..\(*.*)/
 PUTERIKU SAYANG >>>TEKAN

Comments

  1. untuk hilang sakit lutut dan sendi, parut, luka, kebas dan lenguh dengan berkesan sapu minyak DABUS Aromaterapi 3-5 kali sehari. sakit anda beransur hilang dalam masa 2-5 hari.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Skim Pengakap Muda

BUKU LOG PENGAKAP KELANA