:::panjangkan jodohku::::



artikel mengenai jodoh...tatkala membacanya begitu sukar untuk manusia bergelar bujang mahupun yang sudah berumahtangga menjaga hubungan yang diiikat. meskipun begitu, dengan doa yakni berserah kepada Allah dan usaha pada diri sendiri, aku yakin, jalan yang terbaik akan ada di depan mata.
amalkan doa ini supaya hatimu sentiasa tenang dan berserah kepada Allah apabila memikirkan tentang jodoh kita..Allah sentiasa tentukan perkara yang terbaik untuk kita..aku pernah membaca sebuah artikel mengenai perempuan dan lelaki dan jodoh..dalam artikel tu tulis,
>> lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..
>> lelaki yang baik boleh memimpin perempuan yang tidak baik
>> perempuan yang baik untuk lelaki yang baik
>> perempuan yang tidak baik tidak boleh memimpin lelaki yang baik mahupun tidak baik
:::kesahihan nye tidak ku ketahui...
:: kalau difikirkan, mungkin betul untuk kenyataan yang terakhir itu..sebab..
++ perempuan boleh mengoyahkan iman dan nafsu lelaki
++perempuan bukan lah pemimpin kepada lelaki (dalam keluarga sebb lelaki adalah ketua keluarga)
++ beruntung sangat perempuan kalau jodohnya dengan lelaki yang baik..kerana itu adalah jalan yang terbaik untuk anda...






Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang……


Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku, tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Kukuhkanlah ukhwah Islamiyah kami…
Agar kemesraan itu abadi… 
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ke tepian yang sejahtera dan abadi…
Istiqamahkanlah kami ya Allah…
Demi meneruskan perjuangan kami dalam medan dakwah yang penuh cabaran ini… 
Jika ikatan yang Engkau tentukan ini…
Adalah satu pemangkin bagi kami… 
Untuk menyambung rangkaian mata-mata rantai…
Penerus perjuangan yang tidak akan terhenti ini…
Maka jodohkanlah kami…
Moga putra-putri kami bisa menjadi muslimin dan muslimat…
Pendokong jamaah… 
Penggerak gerakan Islamiyah… 
Tetapi ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan…
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh dari pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan peliharakanlah aku dari kekecewaan…
Jika aku gagal menagkis kekecewaan itu…
Pelihara dan mantapkankanlah imanku…
Moga kekecewaan itu tidak menggugat gerak kerja Jamaahku… 
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkan aku dengan takdir-Mu…
Aku redha dengan segala ketentuan dari-Mu…
Inilah ujian pentarbiyahan buatku… 
Sesungguhkan apa yang telah Engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini… 
Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini…
Janganlah engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran… 
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan sefikrah yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Sama-sama dapat terus bergerak di dalam Jamaah Islam…
Andainya sudah ditakdirkan buatku…
Pendokong Jemaah bukan jodohku…
Mantapkanlah tarbiyahku…
Agar aku mampu membawanya bersama melalui liku perjuangan ini…
Sama-sama berusaha mendaulatkan Islam…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah padaku keturunan soleh dan solehah…
Yang pastinya menjadi aset utama penegak syiar agama-Mu… 
Ya Allah …
Redhakanlah perjuangan kami…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan peliharakanlah kami dari azab api Neraka…


Ameen…ameen Ya Rabbal a’lameen


doaku untuk mu AAM

Comments

Popular posts from this blog

Skim Pengakap Muda

BUKU LOG PENGAKAP KELANA