jangan melayan

salam Ramadhan

lain orang lain ragam
lain muka lain rupa
lain mata lain rasa
lain hati lain jiwa

tengok muka jangan ramal jiwa
tengok gaya jangan ramal harta
tengok harta jangan ramal budi
tengok cara jangan ramal pekerti
pandang seminit untuk berfikir sejam
pandang sekilas untuk buat ramalam
fikir lama untuk menetapkan ramalan

orang akan memahami ayat-ayat di atas dengan fikirannya
sekiranya fikirannya tengah fikir tentang seseorang yang dekat dengannya
maka, INDIVIDU itu yang akan jadi model tentang pernyataan tersebut
sekiranya tukang sapu yang difikirkan
maka tukang sapu itu akan dilabelkan
sekiranya kekasih yang difikirkan
maka kekasih yang akan dilabelkan
tetapi
untuk hari ini aku label dengan seorang guru
hanya termenung di meja sudutnya
hanya melayan jari nya mengalur di keyboard nya
hanya membuka mulut untuk bersapa
hanya menegur bila merasa
tetapi
sebenarnya
pendiamnya itu berbisa
buat hati manusia jadi gila
buat jiwa manusia membara
apa tak nya
mengutuk dan menghina
bukan mencaci atau mencela 
cuma hari-hari menjadi bahan
mungkin tiada tujuan
melainkan niat yang diketahui
oleh dia sahaja
mungkin dia bersahaja
mungkin jua niat yang tak tentu hala
mungkin jua aku ni terlalu liat untuk bersapa
ok..
aku tak suka dia
jangan dilayan 
apatah lagi melayan
layan makin meragam 

mode : hibernate badan
shut down mulut
restart semangat
sleep berangan
switch user bila berjumpa
log off bila loceng berbunyi
log bila tiada di sisi

faham bila anda juga merasa



Comments

Popular posts from this blog

Skim Pengakap Muda

BUKU LOG PENGAKAP KELANA