MENJAGA HATI

dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim...
Ya Allah..
Kuatkanlah aku...
Beranikan aku...
Kukuhkab semangatku..
Sesungguhnya hambamu ini tidak kuat...
Insan yang hanya mampu mengikut apa yang ditentukan...
Demi menjaga hati...
Demi melawan perasaan..
Demi menjaga hubungan...
Semua aku sanggup lakukan...
kerana...
Manusia sentiasa mahu yang terbaik
Manusia sentiasa lemah
Manusia sering telagah
Manusia sering tidak berpuas hati
mungkin
Suatu hari aku akan sedar
dan mungkin satu hari aku tidak akan sedar
bahawa
aku sedang menyakiti
sakiti sesiapa yang mungkin aku tidak sedari
Hanya doa aku lanjutkan
Hanya penyesalan mengiringi setiap perbuatan
sebelum lelapkan mata
sebelum pejamkan mata
sebelum perlahankan nafas
sebelum kematian nafas
Insyaallah
akan ku bahagiakan semua
meskipun hati aku terluka dan mungkin orang terasa
Amin...Ya Rabbal al amin
sesungguhnya aku merindui saat itu

demi menjaga hati di sini
hati di sana mungkin terluka
demi menjaga hati di sana
di sini juga terasa
Demi Allah
Aku lakukan semua ini kerana Allah
Aku mahu bahagiakan semua
Apakan daya
Aku insan yang lemah 
Semoga hatimu sentiasa terjaga dengan ikatan kejujuran
Semoga dirimu tenang dengan setiap perbuatan yang aku sentiasa doakan

demi menjaga hati jua
aku sanggup menunggu
mungkin menunggu kata sapaan yang telah lama ditinggalkan
sehari bagaikan seminggu
seminggu bagaikan sebulan
mungkin itu realiti kehidupan
maafkan aku 
aku bukan pencinta terbaik
aku bukan guru yang terbaik
aku bukan sahabat yang terbaik
dan 
aku bukan manusia yang terbaik
tetapi aku cuba lakukan yang terbaik
demi
MENJAGA HATI



Comments

Popular posts from this blog

Skim Pengakap Muda

BUKU LOG PENGAKAP KELANA