Takdir Humaira


Takdir Humaira
:
:
:
jauh perjalanan bermula dari anak kecil
mula mengenal rakan
mula mengenal persahabatan
mula mengenal hubungan 
keluarga mahupun saudara
:
:
:
setiap hari adalah sejarah
tiada hari tanpa tragedi
:
:
suatu hari anak kecil belajar berjalan
suatu hari budak budak mengenal tulisan
suatu hari kanak kanak mengenal hubungan
suatu hari kanak kanak dirembat kekusutan
kerana manusia tidak mengenal hubungan
kerana manusia tidak mengenal saudara
kerana manusia tidak mengenal sahabat
kanak kanak itu hilang pedoman
tangisan melembutkan hati
:
:
:
kanak-kanak itu dibiarkan
berlaku lagi
disakiti lagi
dibalunnya lagi
diugutnya lagi
sakit kanak-kanak itu sahaja yang rasa
pedih itu kanak-kanak itu sahaja yang rasa
:
:
berulang lagi
kanak kanak itu berulang kali disakiti
tiada kudrat untuk melawan
tiada rasa untuk melayan
tiada berani untuk meminta pertolongan
kanak kanak itu merasa sendiri
kanak kanak itu tahan sendiri
:
:
:
:
kanak kanak itu menjadi remaja
kanak kanak itu menjadi pendendam
kanak kanak itu menjadi pendiam
dek kerana tragedi itu
:
:
:
remaja itu melakar tragedi kesakitannya
sakit yang lama berulang
tapi sakit lama masih tak dapat ditahan
sakit baru melemahkan harapan
semangat remaja semakin hilang
biar sedikit remaja tetap kecundang
tak mampu melawan
hanya menepis dengan sangkalan
:
:
:
remaja kian membesar
remaja kian mengenal dunia
belajar dari bangunan kecil 
sampai belajar ke menara tinggi
makin tinggi remaja daki
makin luas yang dia remaja pelajari
belajar mendekati Pencipta hakiki
belajar membeza perkara sebenar
semua tidak sama
semua juga tidak serupa
tragedi juga tak boleh dibuang
kerana itu takdir kanak kanak 
:
:
:
suatu hari remaja berjumpa pasangan 
esok hari berjumpa rakan
tulatnya berjumpa pasangan
hari seterusnya berjumpa pasangan dan rakan
tetapi tragedin itu tidak hilang
tragedi itu tetap tak mampu dikeluarkan
:
:
remaja makin remaja
berjumpa mungkin pelengkap dunia nya
berjumpa mungkin dia menerima tulang rusuknya
remaja sudah gembira
saban hari dia merasa
saban hari dia ketawa
tragedi itu dikongsi bersama
bahagia remaja sampai dewasa
:
:
:
:
dewasa remaja makin membara
dari anak kecil menjadi budak
budak menjadi kanak kanak
kanak kanak menjadi remaja
dan hari ini dia menjadi remaja
sampai ke tua tragedi itu adalah takdir nya
takdir Humaira
:
:
:
Takdir Humaira
hanya Dia dan dia yang tahu

:
:
:
:
Perjalanan kini
:
:
:
dan selamanya

Semoga anak kecil itu beroleh pengakhiran yang cerah


Comments

Popular posts from this blog

Skim Pengakap Muda

BUKU LOG PENGAKAP KELANA