2 nama pada 1 kertas

pada satu kertas itu
tercatat dua nama
pada satu kertas itu
terfikir beribu kata
pada satu kertas itu jua
terukir nama 
Nuraisyah Humaira
Nuraina Raudhah
pada satu kertas itu jua
tertera si manusia berbinti kan siapa
Azrul Azizul Mukminin
pada kertas itu jua
terfikir aku bukan percaya
tergelak aku bukan gembira
terkedu aku bukan menyapa
cuma rentetan yang sedikit untuk santapan di hari muka
kerana pada kertas itu hanya tercatat nama
kerana pada kertas itu hanya buat aku percaya
pada kertas itu aku pejamkan mata
kertas itu hanya muncul ketika aku mati untuk seketika
hanya dalam doa pada hak yang umumnya
perihal kertas itu menjadi nyata hendaknya
biarpun si pulan dan si pulan hanya mainan di alam sana

Comments

Popular posts from this blog

Skim Pengakap Muda

BUKU LOG PENGAKAP KELANA