aku sanggup...


Ya Akhi..
aku sanggup semua atas nama cinta yang Allah kurniakan
aku tak berkata seperti yang lain
:: aku sanggup mati untuk cintaku
:: aku sanggup buat apa saja untuk buktikan cintaku
:: aku sanggup gadaikan semua nya untuk kau seorang
itu hanya contoh yang mungkin ramai pasangan seperti cinta monyet luahkan
dengan hati yang yang berbau bahagia duka dan kosong
aku berkata...aku sanggup..
:: aku sanggup terima apa jua kutukan luar supaya engkau tidak bersedih
:: aku sanggup terima hinaan dan herdikan kerana engkau tidak layak untuk semua itu
:: aku sanggup tutup mulut supaya engkau bersuara
:: aku sanggup lari jauh supaya engkau dekat dengan mereka
:: aku sanggup berpatah balik bila engkau perlu langkah ke hadapan
kerana
sejujurnya sebelum ini tak pernah aku luahkan
saat aku memilihmu sebagai suamiku
aku berfikir engkau yang terbaik untukku
kerana
> engkau mampu memimpin ku
> engkau begitu menjaga seluruh dunia hidup dan matiku
> engkau letakkan aku begitu tinggi maruahnya
> engkau lihatku sesuci perempuan yang tidak suci
> yang pertama dan aku pandang selamanya kerana engkau mementingkan keluarga bukan diriku
   itu yang terbaik untuk ku
kerana
~ aku doakan engkau berada di syurga jannah
~ aku doakan engkau dihisab dengan pemberat adab mu dengan ibu bapamu
~ aku tidak penting selagi aku bukan jalinan akadmu
~ yang pertama dan aku doa selamanya kerana engkau aku pandang sebaik manusia di hatiku selain Ya Rasulullah
mungkin aku saja yang berfikir
satu malam itu aku rasa aku perlu lepaskan perasaan yang terlebih cinta itu
kerana sangat memudaratkan hati
satu malam itu juga aku rasa aku perlu terima apa jua yang berlaku
apa yang terlebih dan apa yang kurang pada apa jua keadaan
satu malam itu juga aku tenang dan terima segalanya
kalau aku bukan jodohmu
semoga Allah tentukan insan yang terbaik untuk dirimu
supaya tiada kesulitan selepas segala kesulitan dalam hidupmu
Ya Allah..ana uhibbu ya akhi..
Amin..
(10.45 pm ~ 15092012)

Comments

Popular posts from this blog

Skim Pengakap Muda

BUKU LOG PENGAKAP KELANA