sebelum aku tutup mata

Alhamdulillah
selesai sudah kerja hakiki yang aku perlu laksanakan
kerja yang penting bukan hanya untuk kepentingan diri
tapi penting orang lain
sekurang-kurangnya aku gembirakan hati orang yang inginkannya
sebelum aku tutup mata 
ingin sekali aku capai apa yang aku inginkan dengan kemampuan 
1. membina rumah kebajikan untuk anak yatim dan orang tua..dengan nama Humaira
2. melawat rumah kebajikan dan bersama penghuni nya..
bersama insan yang pernah aku ceritakan niat ku ini
3. jika aku tidak berkahwin, aku akan mendermakan organ ku kepada sesiapa yang memerlukan
4. melihat orang yang aku sayang berjaya ..mungkin bersama ku dan mungkin tidak
5. memberi apa yang dipinta dan diinginkan oleh ibu bapa ku
6. biarlah aku mati dengan tidak menyusahkan orang
bak kata seseorang >> biarlah kita mati dengan menyediakan kain kapan dan belanja yang cukup
supaya kelak tidak menyusahkan sesiapa yang terdekat
7. buat orang gembira dan tersenyum
:
:
TAPI
sekurang-kurangnya aku mampu melihat orang yang aku sayang gembira
tatkala aku terbaca komen itu
aku tahu aku bukan pilihan yang utama bagi nya
aku tahu jua memang aku layak ditolak dari pilihan itu
aku tahu jua engkau sedang mencari
dan engkau sedang mencari kerana aku bukan yang dicari
Allah..aku bukan sempurna untuk itu
tapi aku cuba dan menerima baik buruk mu 
kerana aku bukan siapa-siapa
cuma permintaan aku
sebelum aku tutup mata
engkau menemui apa yang engkau cari
dan engkau bahagia dengan carian itu
semoga Allah memberi yang terbaik untuk itu
tatkala aku mendengar lagu itu
aku rasa bersalah kerana engkau tidak rasa dihargai
Allah..apa yang perlu aku lakukan untuk bahagiakan mu
jika perlu aku melangkah pergi dari mu
aku mungkin menggangguk kerana terpaksa
dari melihat diri mu menyeksa hati mu
memaksa diri mu menyayangi ku
memaksa diri mu mencintai ku
:
:
kata orang
lagu itu mainan hati
mungkin ini kata hati si pemilik lagu ini


Seringkali kau merendahkan ku
Melihat dengan sebelah matamu
Aku bukan siapa-siapa
( aku terlalu menyanjung mu sebagai pemilik kekal tulang rusukku )

Selalu saja kau anggap ku lemah
Merasa hebat dengan yang kau punya
Kau sombongkan itu semua
( aku terlalu merendahkan diri ku untuk mu )

Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku
( aku cermin diri ku dengan melihat gelagat mu )


Seringkali kau merendahkan ku (kau merendahkan ku)
Melihat dengan sebelah matamu
Aku bukan siapa-siapa
( tatkala itu aku menunduk kerana aku lebih kurang dari kamu )

Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku
( aku sedar aku bukan seperti yang engkau sangka )

Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku
( semoga aku jadi kekuatan kepadamu berlandaskan kekuranganku )

sekarang aku terima apa yang terjadi
bukan kerana aku menjumpai cinta baru
tetapi saat itu Allah membenarkan hati ku
membenarkan hati aku untuk benarkan hati mu untuk memilih
hanya aku yang merasai perubahan itu
diharap catatan ini menjadi ingatan bagi diriku yang pelupa
atau ingatan kisah selagi aku mampu kedipkan mataku

Alhamdulillah
selagi aku mampu menjaga hubungan ini
selagi aku mampu menjaga hati mu
selagi itu jua aku sanggup setia pada mu
jika kamu ingin kan aku
aku ada untuk mu
jika sebalik nya
aku juga ada disebalik mu
untuk mengintai mu dari kenangan ku

Allah..jika aku mampu melengkapkan hidupnya
berikanlah kesabaran kepada ku
bukakanlah hati nya untuk ku
supaya cinta yang engkau taburkan bersemai subur dengan siraman junjungan mu


Comments

Popular posts from this blog

Skim Pengakap Muda

BUKU LOG PENGAKAP KELANA