Cinta Demi Kamu


“Hmmmm, bestnya kalau cerita cinta aku macam novel cinta ni kan… mesti seronok…” tersenyum
Iman dek kerana angan-angannya setelah membaca novel cinta kesayangannya ” Bicara Hati” karya
 Damya Hanna.. Nur Dina Iman… seorang gadis yang simple, happy go lucky dan peramah. Mungkin
kerana sifatnya itu dia mempunyai ramai kawan terutama lelaki. Walaupun tak memiliki tubuh yang
ramping persis model , dia tetap bangga dengan anugerah Allah kepadanya… tubuh yang agak berisi
tetapi sihat.

Petang tu, Iman terus menulis artikel untuk di hantar ke Mahligai Group seperti biasanya…
 Just hope , artikelnya kali ini berguna untuk dikongsi dengan ahli kelab berkenaan…

” Setulus Cintaku” tajuk yang menarik untuk dibaca ni,”getus hati Amirul… Tersenyum Amirul
setelah selesai membaca artkel yang di hantar oleh Nur Dina Iman. Siapakah penulis artikel
tersebut… selembut bahasanya dan secantik namanya.. Persoalan itu bermain-main difikiran
Mohd Amirul Nasriq, seorang eksekutif muda di syarikat hartanah yang beroperasi di Kuala Lumpur..
 Hati Amirul memberontak kerana ingin mengenali si penulis artikel berkenaan… ” Aku akan cuba
hantar mesej padanya… Yahoo Messenger… Yup, aku akan hantar mesej perkenalan guna YM… Hopefully dia akan menerima salam perkenalan dariku nanti…” Amirul berkata sambil tersenyum.

Seperti biasa, Iman sign in ke Yahoo Mesengger seperti biasa… Ada 2 offline mesej yang
diterimanya dari M.A.N.. ” M.A.N??? Siapa yea??? Aku kenal ke ngan mamat ni”tanya Iman
dalam hatinya… ” As’kum wbt… Iman…” ” Boleh tak saya jadi sahabat awak?” “Hmmm,
maybe ahli kelab Mahligai juga mamat ni… nak jadi sahabat aku… bunyinya menarik,”
getus hati Iman sambil tersenyum membalas mesej berkenaan.

” W’kumslm wbt, awak… kita sudi bersahabat dgn awak…Iman”… “Yes, dia nak jadi sahabat aku ,”
kata Amirul seraya tersenyum…. Aku akan mulakan langkah seterusnya …
Dia mula menulis mesej ” As’kum wbt” kepada Iman di YM… Dan pada masa yang sama Iman
juga online di YM…. ” W’kumslm wbt, awak” balas Iman… Dan mulalah perbualan antara Amirul
dan Iman…. Ketika sedang seronok chatting, tiba-tiba Iman dimarahi Amirul gara-gara Iman
 menjawab ” YES SIR” .. ” Apasal mamat ni tetiba naik angin ngan aku ni” getus hati Iman…
 “Susahlah kalau macam ni… Tak boleh bergurau agaknya mamat sorang ni.” desis hati
Iman… ” Okaylah, awak… Kita minta diri dulu…. Maybe esok atau lusa, kalau kita free,
kita sambung chat semula yea,” bicara Iman untuk mengakhiri chatting mereka pada hari
pertama perkenalan.. Amirul berasa bersalah kerana sikapnya sendiri iaitu mudah panas
baran…” Macam mana aku nak buat ni? Mesti Iman tak nak kawan dengan aku lagi.” Pening
Amirul memikirkan cara untuk meminta Iman memaafkannya… Aku akan hantar mesej pada dia …
Aku tahu dia pasti dapat maafkan aku….Amirul cuba menenangkan hatinya.

Iman menerima mesej Amirul setiap hari tetapi dia tidak membalasnya… “Malas nak layan mamat
serius ni,” getus hati Iman… ” As’kum, awak… Saya minta maaf kerana memarahi awak masa kita
chat tempoh hari… Saya harap awak sudi maafkan kesilapan saya tuh… Saya nak jadi sahabat awak ,
susah dan senang… Saya tunggu balasan mesej dari awak… Ikhlas , Amirul”… ” Hmmm, tak sampai hati
 lak aku nak buat mamat ni rasa bersalah… lagipun tak lah besar sangat kesalahan dia pada aku…
 better aku balas mesej dia ni…” senyum Iman sambil membalas mesej Amirul…

” Alhamdulillah, Iman dah maafkan aku”, tersenyum Amirul didalam hatinya… Dia sendiri tak tahu
 kenapa hatinya begitu kuat untuk mengenali Nur Dina Iman… Seorang penulis yang dirasanya penuh
dengan kelembutan… Biar masa yang menjawab persoalan yang bersarang dalam hatinya..

Hari demi hari , persahabatan antara Amirul dan Iman bertambah erat… Mereka sering berbalas
mesej… Dan menjalani kehidupan dengan lebih gembira kerana Amirul seorang yang suka buat lawak
dan pandai membuat Iman tersenyum… Dalam diam, satu perasaan indah mula berputik didalam hati
Amirul dan Iman… Iman mula merindui Amirul, begitu juga Amirul mula merindui Iman… Ketika
perasaan itu hadir, Amirul dikehendaki bertugas ke Pulau Pinang dalam seminggu dan dia
kabarkan berita berkenaan kepada Iman…

” Nape yea aku rindukan dia… Siapa sebenarnya dia ni… Tak kan secepat ini aku sukakan dia,”
Iman berkata-kata dalam hatinya… Sudah hampir seminggu dia tak chatting dengan Amirul….
Iman dapat merasakan seperti sesuatu hilang dalam dirinya… Harinya suram tanpa gurau senda
 Amirul… ” Insyaallah, dia akan online esok” Iman menenangkan hatinya… Bangun dari tidur,
Iman terus teringatkan Amirul… “Insyaallah, Amirul akan online hari ni,” getus hati Iman
 sambil tersenyum.

Seperti biasa, Iman bertugas seperti biasa… seorang Pegawai Pentadbiran di sebuah syarikat
swasta di Johor Bahru.. Iman pun sign in ke YM seperti biasa setelah kerjanya selesai…
Hati Iman gembira tak terkata… Hari yang selama ini suram, akhirnya bercahaya…. Amirul
 meninggalkan beberapa offline msg kepadanya…. Iman mula membalas mesej berkenaan dan
ternyata Amirul menantinya..

Masing-masing mula bertanyakan khabar berita… Walaupun pada hakikatnya masing- masing
ingin meluahkan rasa rindu… Hinggalah Amirul menyatakan kepada Iman tentang kerinduannya
 pada Iman… ” Ya Allah, betul ke apa yang dia cakap tadi… Dia rindukan aku????… Aku tak
bermimpi ke ni???, `” Iman mencubit pipinya dan terasa sakit… Confirm, aku tak mimpi ni…
Walaupun Iman gembira dengan ucapan yang diucapkan Amirul tapi dia rasa rendah diri… Dia
tahu dia tak sepadan dengan Amirul… Seorang pemuda yang mempunyai rupa paras yang menarik
dan berbudi bahasa… sedangkan dia…. `’ Better aku lupakan dulu perasaan ini… Aku tak sesuai
dengan dia” Iman sedih bila mengenangkan perbezaan fizikal mereka setelah masing-masing
bertukar-tukar gambar…

” Iman, kenapa awak seperti menjauhkan diri dari saya?” tanya Amirul kepada Iman semasa
mereka chatting di YM setelah Amirul pulang ke ibu kota semula.. ” Maaf yea… Bukan kita
nak menjauhkan diri dari awak… Cuma kita buzy dengan keje-keje kita…Kita harap awak faham
 yea?” balas Iman… ” Tapi saya dapat rasakan awak sembunyikan sesuatu dari saya… terus terang
kay…” pinta Amirul… Iman tak boleh membohongi perasaannya yang mula menyayangi Amirul… ” Awak,
kalau kita beritahu sesuatu… awak jangan marah yea” pinta Iman…. “Ye saya, saya janji…” balas
Amirul… ” Sebenarnya kita mula rindukan awak terutama masa awak berada di Pulau Pinang… kita
tak tahu nape kita leh suka awak secepat ni…. Sedangkan sebelum ni kita susah nak sukakan
seseorang”, balas Iman … Amirul tersenyum mendengar pengakuan Iman… ” Awak, sebenarnya saya
pun mula rindu dan mula menyayangi awak… Sebenarnya saya sendiri tak tahu mengapa hati saya
ni nak sangat mengenali hati awak dulu… Saya dapat rasakan awak ni lain dari yang lain…
penuh dengan kelembutan pada setiap artikel yang awak hantar dulu… Dan terus terang ,
saya secret admire awak…. Dan saya hanya mencuba nasib untuk berkenalan dengan awak dulu…

Alhamdulillah, awak menerima salam persahabatan dari saya dan kita mula berkawan sampai la ke
 hari ni” balas Amirul dengan panjang lebar dan membuatkan hati perempuan Iman tersentuh… Mulai
 hari itu, mereka mula menjadi pasangan kekasih… Hari-hari yang dilalui bersama terlalu indah
 bagi mereka berdua…

Yahoo Messenger.. tu la alat komunikasi antara mereka…. Penyambung kasih mereka… Tanpa pernah
bersua muka apatah lagi berbicara.. Mungkin pelik… tapi tu lah hakikatnya… Sesekali berlaku
juga perselisihan faham antara mereka… Tapi tulah adat dalam sesuatu perhubungan… Kalau tak
bergaduh, macam tak ada perasaan la pulak kan… Dari panggilan awak dan saya … dah mula
menggunakan panggilan abang dan sayang… Walaupun pada mulanya agak janggal pada Iman untuk
membahasakan dirinya sayang tapi dia cuba juga … dan akhirnya Iman mula dapat membiasakan
diri dengan panggilan berkenaan…

Bab kata pepatah, cinta tak akan sempurna tanpa dugaan untuk menguji pasangan yang bercinta
… Begitu juga yang terjadi di antara Amirul dan Iman… Amirul terpaksa bekerja di luar Malaysia
untuk beberapa tahun… Amirul melamar Iman untuk dijadikan permaisuri hatinya sebelum bertugas
ke luar negara… tetapi Iman terpaksa menolak lamaran tersebut kerana masih belum bersedia…
Alhamdulillah, Amirul memahami perasaan buah hati kesayangannya dan bersetuju untuk memberikan
masa untuk Iman bersedia menjadi ratu hidupnya…

” Abang, sayang akan selalu merindui dan menyayangi abang… Walaupun jauh dimata, tapi abang
tetap dekat di hati sayang,” sayu hati Iman bila mengenangkan Amirul yang telah selamat
bertolak ke luar negara atas urusan kerja…

Hari yang dilalui Iman seakan sepi tanpa khabar berita dari Amirul.. Hampir seminggu Amirul
berada di luar Negara… ” Mesti abang sibuk sekarang ni… Insyaallah, abang pasti online dalam
beberapa hari ni.” Iman menenangkan hatinya yang merindui kekasih hatinya… Keesokan harinya,
Iman sign in seperti biasa di YM… Alhamdulillah. . Amirul meninggalkan beberapa offline msg
kepadanya… Iman rasa bahagia sekali… Kerinduannya terubat setelah membaca mesej-mesej dari
kekasih hati yang di rindunya…

“Lepas meeting ni, aku nak online sekejap ngan Iman… Rindunya kat buah hati aku yg comel tu,
senyum Amirul… ” As’kum,sayang… .. Apa khabar buah hati penggarang jantung abang ni?” bicara
Amirul setelah ternampak icon Iman available di YM… “w’kumslm, abang… sayang sihat,” balas
Iman seraya tersenyum bahagia….Mereka saling meluahkan apa yang terpendam dihati masing-masing…
 Masa yang singkat itu digunakan sepenuhnya untuk mengungkapkan rasa rindu dan sayang mereka…
Terasa bahagia saat bersama… Sesekali Iman tersenyum di sakat Amirul…. Begitu juga Amirul yang
 tersenyum apabila disakat buah hati kesayangannya… Amirul mendedikasikan lagu Ketulusan Hati,
 Anuar Zain kepada Iman…Sebagai bukti cinta dan sayangnya pada Iman…. Tersentuh hati Iman tanpa
disedari air mata jernih mengalir ke pipinya… Terasa bahagianya dia ketika itu… Betullah apa
yang dikatakan orang selama ini… ” Jika kita inginkan cinta sejati, cari seseorang yang
menyayangi kita .. melebihi kita menyayangi dirinya `’. Mohd Amirul Nasriq, awaklah cinta
sejati yang kita cari selama ni… Iman berkata dalam hatinya sambil mengesat airmatanya….

Amirul terasa dadanya berat sekali… Pandangannya kabur dan dia terus pengsan semasa berada
di site… Iman dapat merasa ada sesuatu yang terjadi pada Amirul… Hatinya berdebar-debar. . ”
Ya Allah, Kau lindungilah Amirul… Semoga dia berada di dalam Rahmat dan PerlindunganMu. ”
Doa Iman setelah selesai solat… Hatinya masih sama seperti tadi… berdebar-debar tanpa pasti
 apakah sebabnya…. Amirul sedar pada hari ketiga berada di wad hospital… Kawan sekerjanya
membawanya ke hospital setelah dia pengsan tempoh hari… Iman mulai runsing kerana sudah
beberapa hari tidak mendengar khabar kekasih hatinya… Doa yang tak putus dipintanya
kepada ALLAH S.W.T… Semoga Amirul dilindungi olehNYA….

Kesihatan Amirul mula beransur baik dan dia dibenarkan pulang ke rumah..
Amirul tahu Iman pasti susah hati sekarang ni… Apabila dia sign in ke YM,
terdapat berpuluh-puluh offline msg dari Iman… “Sayangnya Iman padaku,” Amirul
senyum sambil melihat gambar buah hatinya…

” As’kum, sayang… apa khabar,” Amirul memulakan perbicaraan di YM… ” W’kumslm, abang…
Abang apa khabar? Kenapa dah lama tak online? Sayang risau sangat…,” luah Iman kepada
Amirul…. ” Abang minta maaf sayang… Abang baru je keluar dari hospital semalam” balas
Amirul tenang… Iman terkejut mendengar penjelasan Amirul dan menitis airmatanya… Sedih
mengenangkan nasib Amirul yang sendirian di rantau orang… ” Sayang jangan risau yea…
Abang baik-baik je ni.,” ujar Amirul seakan tahu Iman sedang menangis ketika itu… Iman
mengesat airmatanya dan berasa tenang semula setelah dipujuk Amirul… “Aku tak akan beritahu
Iman tentang penyakit ini… Belum masanya lagi … .” Amirul berkata dalam hatinya setelah
mendapat tahu dia mempunyai penyakit yang agak serius..

Pasangan kekasih tersebut menjalani kehidupan seperti biasa… Jika ada kesempatan,
mereka akan chat di YM untuk melepaskan rindu masing-masing… Amirul kerap jatuh
sakit tapi dia menyembunyikannya dari Iman… Iman pula seperti biasa, sering mendoakan
kesihatan kekasih hatinya… Setelah menyembunyikan penyakitnya sekian lama, akhirnya Amirul
telah memutuskan untuk memberitahu Iman perkara sebenar…

” Sayang, abang ada hal nak beritahu sayang ni… Abang harap sayang tenang yea” ujar Amirul
memulakan perbualan mereka di YM …. ” Ye saya, Insyaallah,’ ‘ balas Iman… ” Abang ada sakit
sayang… dan ianya agak serius… abang nak sayang lupakan abang,” terang Amirul kepada Iman…
Iman seolah-olah kaku menerima berita berkenaan… Airmatanya mula mengalir … Dia terdiam
sementara waktu… Iman mengumpulkan kekuatannya untuk menghadapi dugaan berkenaan…. Setelah
 terdiam buat seketika, Iman mula membalas mesej Amirul… ” Abang, sayang takkan tinggalkan
 abang…. Sayang sayangkan abang… Sayang nak bersama abang dalam keadaaan susah mahupun senang..
 Saya ikhlas cintakan abang..” balas Iman sambil menangis… Itulah luahan hati kecilnya….
Iman amat menyayangi Amirul… dan tak sanggup membiarkan kekasih hatinya itu menderita sendirian..
Perbualan mereka berhenti buat hari tu…
Masing-masing perlukan masa untuk memikirkan masa depan mereka…

Setelah berfikir panjang, Iman memutuskan untuk mengajak Amirul berkahwin kerana dengan cara itu
sahaja dia dapat menjaga dan membahagiakan Amirul walaupun hanya untuk sementara waktu… Pada
mulanya Amirul kurang bersetuju dengan cadangan Iman kerana dia tak mahu Iman turut menderita
jika berkahwin dengannya sedangkan dia pernah berjanji akan membahagiakan Iman sekiranya mereka
ada jodoh… Tetapi akhirnya Amirul bersetuju dengan perkahwinan tersebut setelah mendapat restu
dari kedua-dua pihak…. Dia berjanji akan cuba membahagiakan Iman selagi hayat di kandung badan…

Sejak berkahwin, kesihatan Amirul semakin baik hari demi hari… Iman menjalankan tugasnya
sebagai isteri sebaik mungkin… Iman menjaga suaminya bagaikan menatang minyak yang penuh…
Kasihnya Iman pada suami tak pernah hilang malah semakin bertambah hari demi hari… Amirul
amat bersyukur kerana di berikan isteri sebaik Iman… Dan dia juga bertekad untuk melawan
penyakitnya semaksima mungkin… Doa kepada Yang Maha Esa tak putus dipohon oleh pasangan
suami isteri berkenaan… Memohon keajaiban daripadaNYA satu hari nanti…

Bulan berganti bulan, Amirul semakin sihat dan ianya amat menggembirakan hati Iman…
Kegembiraan mereka juga bertambah kerana Iman sedang mengandungkan anak mereka…
Anak yang menjadi bukti cinta suci mereka… Inilah kegembiraan yang ku tunggu Ya Allah…
Iman tersenyum melihat perutnya yang di usap lembut oleh suaminya… ”
Semoga anak yang bakal lahir ini memberi kekuatan pada abang dan juga diriku,”
detik hati Iman…

Akhirnya masa yang ditunggu menjelang juga… Iman selamat melahirkan bayi perempuan yang comel…
Ainatul Raudhah nama yang diberikan oleh Amirul dan Iman kepada buah hati mereka…
Amirul bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana memanjangkan usianya dan memberinya
kesempatan menikmati kebahagiaan ini…
Sesungguhnya Allah akan memberikan manusia pelbagai dugaan sebelum
memberi mereka kebahagiaan yang akan membuatkan mereka bersyukur kehadratNYA…

_ saat ini Nadzirah Humaira terlalu rindukan Azrul Azizul Mukminin _

Comments

Popular posts from this blog

Skim Pengakap Muda

BUKU LOG PENGAKAP KELANA