Kisah En. AAM Part 1

Bismillahirrahmanirrahim
Hanya untuk ingatan aku yang pelupa

1 - Sabtu > September 2011 > BE Learning 8
Perjumpaan yang tidak dijangka
Hanya jari menunjuk kepada AAM
Hati berkata..ok jugak budak ni jadi ketua
pengakap raja lah katakan
dan aku juga menyukai nama nya yang sangat panjang

2 - Ahad > September 2011 > Bitarasiswa
Panggilan pertama dengan merujuk kepada kertas AJK kelas
kelakar..seolah-olah meminang anak orang
padahal aku hanya ingin melantik nya sebagai AJK kelab
talian asyik terputus..aku call..dia call..last2...
dapat lah lantik AAM sebagai AJK
teringat pertanyaan pertama ku
" awak ada terikat dgn mana-mana kelab atau apa2 unit beruniform x? "
dan AAM membalas
" saya cuma join Kelana Siswa jer.. "
dalam hati ku ketawa
" kelab dgn subjek ko-k pun xleh beza "

3 - Selasa > Oktober 2011 > Taman Universiti
Seminggu perkenalan dan mengenali melalui mesej
sejujurnya..aku mencari fb AAM dengan menaip nama sebenarnya 
sebab aku ingat nama AAM tu
nampak nya memang aku yang mengorat dia
mungkin sebab lama dh berseorangan 

4 - Rabu > Oktober 2011 > Taman Universiti
Tetibe jer henpon buat pasal
dan tetiba mengadu kat AAM yang henpon aku rosak
boleh pulak macam tu
dan AAM volunteer nak g hantar kedai
then bagi guna henpon dia
b4 that aku cakap awl2..
aku memang xreti nak guna henpon touch screen

5 - Undefined > Oktober 2011 > Taman Universiti
kami keluar bersama
dengan menaiki kereta AFT...
serius..tu 1st time aku keluar dgn lelaki naik kereta dan tidak berkata apa2
henpon dah ok...dah xdapat guna henpon touch screen
rindu saat itu

6 - 10.10 2011 > Bilik bujang
tuttt...henpon aku terima MMS
aik..AAM hantar gambar..
mcm terkejut
AAM brsama dgn seorang budak berambut kerinting
comel..sebab aku memang suka budak

gambar pertama...tetibe jer


7 - Oktober 2011 > Perjalanan ke Rawang
sebab aku rasa bertanggungjawab kat AAM
aku nak bagi dia aktif sbgai AJK kelab 
n nak intro AAM kat budak kelab lain
aku pergi camping kat Templer Rawang
sememangnya pundi kencing aku ni lemah
maka...sebab terlalu malu nak mintak AFT berhenti
aku tahan...aku tahan..dan aku sudah tak tertahan
Masjid apa ntah nama nya
aku berlari..malu sangat time tu
masuk AFT...tnjuk muka lega
gelak sakan AAM kat aku
kenangan yang manis sampai sekarang aku ingat
PILOT ? TERBANG ? TUNANG ?
pertanyaan yang menggelikan hati
aku rindu saat itu

8 - November 2011 > Percintaan yang tidak terduga
aku percaya akan cinta ni
mungkin seperti perigi mencari timba
aku akui
sebab aku tahu aku tidak bertepuk sebelah tangan
Alhamdulillah.. cinta ku berbalas
aku memang mula menyukai nya pada pandangan pertama melalui MMS AAM
kerana dia..aku anggap aku sudah berpunya
sudah lama bersendiri
kali pertama bercinta...berjumpa..makan bersama...
kali pertama berkasih...henpon tak lengkang kat tangan
kali pertama...makan tengah hari bersama..berkhemah bersama

9 - November hingga Disember 2011 > Bercinta mengenal hati
Proses mengenal hati
Proses mengenal budi
aku tetapkan hati untuk bercinta sebagai suami
aku tetapkan hati berubah untuk sesuaikan diriku untuk AAM
menarik nya AAM bagi aku kerana dia kelakar
menariknya AAM bagi aku kerana dia banyak mengajar
menarik nya juga kerana AAM mengubah hidup aku
terima kasih AAM
dulu aku suka tidak hargai diri
kenal AAM aku kenal diri sendiri
kenal untuk hargai diri
Allah..begitu aku hormati nya

10 - Masa cuti semester > KB ~ TM
Cuti semster...jauh dari dia
sudah terbiasa
kerana aku memang biasa ditinggalkan
ayat tu macam sesuai dgn diri aku
kawan aku cakap
' bala apa lah ko ni nad..sorang lelaki pon tak lekat '
dalam hati aku cakap
" dah nak buat mcm mna..ish "
hanya berdoa..
semoga ini
yang terakhir


Comments

Popular posts from this blog

Skim Pengakap Muda

BUKU LOG PENGAKAP KELANA