Posts

Showing posts from November, 2012

entri 26 disember

Ya Allah Semoga tetapkan hati ku untuk menerima ajaran Mu Kukuhkan amalan ku untuk terus berdiri mencintai agama Mu Teguhkan cinta ku pada cinta yang diberi oleh Mu Tabahkan ku untuk aku mencari sekelumit kesenangan
Ya Allah Bila aku lemah, Engkau kuatkanlah aku dengan zikir Mu Bila aku sedih, Engkau sisipkan air mataku dengan wuduk suci Mu Bila aku sakit, Engkau hapuskan segala salah ku dengan amalan terima oleh Mu Bila aku rebah, Engkau bangkitkanlah aku dengan keberkatan Mu
Ya Allah Kadang aku lemah untuk melepaskan salah Kadang aku lelah untuk memberi senang Kadang aku perit untuk melupakan cinta dunia Kadang aku perih untuk mengingat cinta abadi Hanya kerana aku seorang yang sering lupa dan insan biasa Hanya kerana aku sering alpa siapa aku di dunia
Ya Allah Hanya aku memohon kepada Mu Mungkin terlalu banyak doa yang aku pohon pada Mu Mungkin terlalu banyak permintaan yang aku pinta pada Mu Mungkin terlalu banyak doa yang aku laku pada Mu Mungkin terlalu banyak salah yang aku al…

Skim Pengakap Muda

Image
PROGRAM LATIHAN PENGAKAP MUDA
Pendahuluan
PENGAKAP MUDA adalah bahagian kedua yang dialami seorang budak apabila ia memasuki Pergerakan Pengakap.. Bahagian ini hanya satu bahagian sahaja dalam Persaudaraan Pengakap yang mengandungi beberapa bahagian lain iaitu Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana.
Untuk menjadi Pengakap Muda, budak itu hendaklah telah berumur 12 tahun dan belum sampai 15 tahun. Ia tidak boleh terus kekal menjadi Pengakap Muda apabila umurnya telah sampai 16 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Atas.
Bahagian ini dijalankan dibawah pimpinan seorang Pemimpin Pengakap Muda dengan dibantui oleh seorang atau beberapa orang Penolong Pemimpin Pengakap Muda. Bahagian ini dibahagikan menjadi beberapa unit kecil, tiap-tiap satu terdiri dari Patrol 6 hingga 8 orang dengan seorang daripadanya menjadi Ketua Patrol.
Dalam kebanyakan topik Skim Latihan ini terdapat beberapa latihan kemahiran dan pengetahuan disampaikan secara bersepadu, dengan demikian Pengakap …