Belajar Melalui Kesilapan



Sekiranya saat ini kita tersedar dari kesilapan kita
pada saat itu juga kita perlu menginsafi kesilapan itu
Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita
Allah juga Maha Pengampun akan segala kesilapan hambanya
Kita belajar melalui  kesilapan
Insyaallah..hati lebih tenang

Aku menyedari kesilapan obsesi ku terhadap sesuatu
Terima kasih kerana memberi peluang
Terima kasih sahabat kerana memperbetulkan
Kesilapan ku hanya terlalu leka dengan itu
Alhamdulillah...aku belajar melalui kesilapan
Semoga kesilapan aku itu beri aku kekuatan
Aku berserah pada Yang Satu
Aku tawakal pada Yang Esa
Usaha akan ku lakukan
Dengan hati yang tenang Allah permudahkan
Insyaallah, doa jadi bekalan

Kesilapan mengajar aku erti kehidupan
Kesilapan juga buat aku fikir seperti yang benar nya
Kesilapan sememangnya sahabat sejati manusia
Tanpa kesilapan manusia tidak belajar erti kehidupan
Semoga tidak kita ulang kesilapan yang sama
Sebagai titik tolak kehidupan yang lebih bermakna..
Insyaallah..Amin


Comments

Popular posts from this blog

Skim Pengakap Muda

BUKU LOG PENGAKAP KELANA