entri 26 disember

Ya Allah
Semoga tetapkan hati ku untuk menerima ajaran Mu
Kukuhkan amalan ku untuk terus berdiri mencintai agama Mu
Teguhkan cinta ku pada cinta yang diberi oleh Mu
Tabahkan ku untuk aku mencari sekelumit kesenangan

Ya Allah
Bila aku lemah, Engkau kuatkanlah aku dengan zikir Mu
Bila aku sedih, Engkau sisipkan air mataku dengan wuduk suci Mu
Bila aku sakit, Engkau hapuskan segala salah ku dengan amalan terima oleh Mu
Bila aku rebah, Engkau bangkitkanlah aku dengan keberkatan Mu

Ya Allah
Kadang aku lemah untuk melepaskan salah
Kadang aku lelah untuk memberi senang
Kadang aku perit untuk melupakan cinta dunia
Kadang aku perih untuk mengingat cinta abadi
Hanya kerana aku seorang yang sering lupa dan insan biasa
Hanya kerana aku sering alpa siapa aku di dunia

Ya Allah
Hanya aku memohon kepada Mu
Mungkin terlalu banyak doa yang aku pohon pada Mu
Mungkin terlalu banyak permintaan yang aku pinta pada Mu
Mungkin terlalu banyak doa yang aku laku pada Mu
Mungkin terlalu banyak salah yang aku alpa di dunai Mu
Semua Mungkin itu adalah sebuah kepastian hidup ku dalam realiti Mu
Kerna aku tahu Engkau Maha Pengampun
Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah
Cinta ku pada Mu memang itu satu kewajipan
Cinta ku pada Dia adalah satu kurniaan
Cinta aku pada Mu semoga itu jadi keutamaan
Supaya cinta aku pada Dia jadi pedoman atas pegangan 

Amin...aku menangis hanya memohon seribu kemaafan dan permintaan


Comments

Popular posts from this blog

Skim Pengakap Muda

BUKU LOG PENGAKAP KELANA