Ilmu Lidah

Assalamualaikum
termenung sekejap bila teringat buku Ajaibnya Wanita karya Muhammad Jaya
Salah satu intipati nya..
perihal kesihatan lidah
mungkin ramai yang tidak tahu
buku ini bukan sahaja mengenai Wanita..malah untuk gender Lelaki juga

1. Hujung lidah berwarna merah menandakan anda sedang mengalami masalah emosi. Merah pada bahagian sisi sahaja atau hujung menandakan anda dalam keadaan marah atau sebenarnya anda sedang tertekan.
2. Permukaan lidah berwarna coklat adalah tidak berbahaya. Hal ini boleh terjadi kerana penggunaan ubat antibiotik atau anda sedang mengambil ubat untuk penyakit tertentu.
3. Lidah berwarna merah muda dan pucat petanda bahawa tubuh anda sedang mengalami dehidrasi. Dianjurkan untuk meminum banyak air suam sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
4. Warna lidah sedikit keungu-unguan bermaksud badan anda sedang mengalami pusingan yang tidak bagus. Tubuh anda memerlukan pergerakan..seperti bersukan.
5. Lidah kelihatan putih dan pucat. Anda sedang kekurangan tenaga dan kekurangan darah.
6. Bahagian tengah lidah kelihatan pecah atau retak petanda sistem penghadaman atau hati anda sedang mengalami masalah.
7. Pecah-pecah dan berwarna putih pada kedua-dua sisi lidah menunjukkan anda kekurangan makanan yang berzat, kurang cairan dalam tubuh untuk membantu metabolisme serta kurang bersukan.
8. Lidah berwarna kelabu menunjukkan anda sedang diserang baatuk atau demam. Keadaan ini disertai batuk berkahak dan sakit kepala. Warna kelabu pada lidah kerana ada kahak di tekak.
9. Permukaan lidah terdapat selaput putih yang tebal kemungkinan anda memiliki infeksi yang lama kerana gangguan kulat candida albicans.

> mesti anda semua pergi check lidah anda kan..hehe..begitu juga saya..
> kesimpulannya..jaga lah kesihatan lidah kita

Cerita aku > seorang guru yang pergi ke sekolah dengan mulut tertutup sepanjang masa. jika rakan guru lain bertanya apa-apa..hanya mengangguk atau mengeleng jer..hal ini kerana hampir setiap bulan cikgu itu akan dapat ulser..nasib baik ada Bonjela..teman sejati ubat sakit nya..tapi..cikgu itu memang sakit untuk mengajar kerana lidah nya sangat sakit..nak2 bila students nya memaksa nya untuk menjerit...cikgu itu selalu lupa untuk minum air..paling teruk..minum air yang sejuk..ais..milo ais..limau ais..rajin lah..kadang-kadang dia sangat malas untuk minum air..akibatnya...cikgu itu mempunyai lidah dan badan yang tidak sihat...pengajaran..jangan lupa minum air !!!



Comments

Popular posts from this blog

Skim Pengakap Muda

BUKU LOG PENGAKAP KELANA