Malam Jumaat





Esok adalah hari Jumaat. Malam ini, Khamis malam, jika berkesempatan, sempatkanlah merenung tafsir beberapa ayat dari surah Al-Kahfi.

Bagi yang sudah melazimi membacanya setiap minggu, alhamdulillah. Bagi yang belum, perlu cuba luangkan masa untuk membacanya. Tidak habis satu surah pun, 2-3 muka surat pun sudah cukup untuk permulaan.

Yang penting, kita cuba mulakan. Yang sudah mulakan, cuba pula sempatkan diri untuk merenung makna dan tafsir beberapa ayat dari surah ini.

Pastilah jika kita membacanya sekali lagi nanti, kita tidak akan membacanya dalam keadaan kosong. Tetapi kita akan membacanya dalam keadaan lebih faham dan lebih mudah menghayati.

Al-Kahfi, bukan sekadar menceritakan kisah orang yang bersembunyi di dalam gua, bukan juga sekadar kisah pemilik dua kebun, bukan juga sekadar kisah antara Musa dengan Khidir, tetapi di dalamnya terkandung rahsia keimanan untuk menguatkan lagi keyakinan kita terhadap Allah.

Semoga kita tidur malam ini dalam keadaan sempat menyerap rahsia keimanan yang telah menidurkan para pemuda Kahfi ketika mereka berusaha menyelamatkan akidah mereka suatu ketika dulu itu.

- aminn -

Comments

Popular posts from this blog

Skim Pengakap Muda

BUKU LOG PENGAKAP KELANA