KURSUS LATIHAN KEPIMPINAN MANIK KAYU ( PENGENALAN )


  JADUAL KURSUS KEPIMPINAN MANIK KAYU
(KURSUS PENGENALAN)



MASA

SIDANG

MINIT

TAJUK

0800 - 0830

30m
Pendaftaran Peserta
0830 - 0900

30m
Taklimat Kursus dan Pengenalan Jurulatih.

0900 - 1030

1

   90m

TUJUAN DAN DASAR KEPENGAKAPAN
1030 - 1100

30m
REHAT

1100 - 1145

2

45m

PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP

1145 - 1215

3

   30m

DASAR KEAGAMAAN

1215 - 1300

4

   45m

REKOD DAN DOKUMEN KUMPULAN.
1300 - 1430

90m
REHAT, MAKAN DAN SOLAT

1430 - 1500

5

   30m

SKIMA LATIHAN KEPIMPINAN

1500 - 1545

6

   45m

SEJARAH KEPENGAKAPAN

1545 - 1630

7

   30m

PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP

1630



MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL



  

KURSUS KEPIMPINAN MANIK KAYU  (PENGENALAN)



SIDANG                                1.

1. Tajuk           :           Tujuan Dan Dasar KEpengakapan .
                                   
2. Masa            :                       90 minit.

3. Objektif       :          
Di akhir sidang peserta kursus dapat memahami :
3.1.       Tujuan dan Dasar Persekutuan Pengakap Malaysia
3.2.       Apa itu kepengakapan.
3.3.       Prinsip Asas Kepengakapan.

4. Kaedah        :           4.1.      Perbincangan.
4.2.      Ceramah.

5. Nilai-Nilai Murni  :
                                    5.1.      Bertanggungjawab.
                                    5.2       Menurut perintah.
5.3.      Membantu orang lain.
5.4.      Boleh dipercayai.
5.5.      Kepimpinan.
                       
6. Alat Bantu  :           6.1.      Komputer dan LCD.

 7. Penyampaian Pengajaran
           
7.1.      Langkah Satu:             (10 minit)       

-                      Menerangkan Tujuan dan Dasar Persekutuan   
Pengakap Malaysia dengan merujuk P.O.R.
BAHAGIAN II. Peraturan 1 & 2

7.2.      Langkah Dua:            (30 minit)       

-           Menerangkan erti Pengakap dengan mengaitkan program aktiviti pengakap dengan ciri-ciri berikut : mencabar, seronok, mencuba, meneroka, dsb. bagi membantu perkembangan diri muda-remaja. 

7.3.      Langkah Tiga:            (30 minit)
           
-           Membincangkan Prinsip Asas Kepengakapan dengan mengaitkan definisi berpengakap serta matlamat berpengakapan.
                                                           
7.4.      Langkah Empat:          (20 minit)

-                      Membincangkan Tujuan dan Dasar berpengakap
berpandukan kepada Persetiaan Pengakap dan Undang-undang Pengakap


LAMPIRAN 1A


APA ITU KEPENGAKAPAN


1.         Suatu Program Aktiviti yang penuh Cabaran dan Keseronokan.

2.         Pergerakan Belia Antarabangsa bagi melatih Muda-Remaja menjadi Warganaeara
            yang berguna

3.         Suatu Aktiviti Fizikal dan Mental serta keinginan untuk Meneroka, Menyelidik
            dan memajukan Diri Muda-Remaja.

4.         Memberikan Suatu Pengalaman Baru yang Mencabar (Advanturous). Bagaimana 
            Untuk mengatasi Cabaran dan Penggunaan Peralatan dengan selamat.

5.         Merupakan Suatu Pemelajaran,. Peluang Muda-Remaja Belajar lebih efektif 
            melalui Perbincangan  dan Memprektikkan apa yang dipelajari. .

6.         Merupakan Suatu Program yang mempunyai Ciri-Ciri:

-          Situasi Sebenar Kehidupan Muda Remaja.
-          Membantu Menyelsaikan Masalah.
-          Mencapai Kejayaan melalui Minat.
-          Menyalurkan idea-idea baru secara terus.
-          Pengalaman yang seimbang mengikut peringkat umur.
-          Tersusun, progresif dan sistematik.
-          Kreatif dan memupuk bakat Kepimpinan.

7.         Merupakan Suatu Dunia Baru: Mempunyai Ruanag untuk Berinteraksi, Bergaul
            dengan Rakan Sebaya, Bebas dari Kongkongan Kehidupan Keluarga Seharian.

 8.         Merupakan Suatu Kumpulan Untuk:

-          Mencari Pengalaman Baru.
-          Melakukan sesuatu dalam Kumpulan Kecil (Patrol)
-          Bersama dan Belajar dari Rakan Sebaya.
-          Memperkembangkan Diri dan Menyesuaikan Diri mengikut kehendak Individu.
-          Melibatkan Diri dalam Mencapai Sesuatu Kejayaan.
-          Hidup Bersama dan Memberikan Sumbangan dalam Kumpulan.

9.         Merupakan Kepimpinan -
            -    Memperkembangkan Kemahiran dan Bakat Kepimpinan dan Memainkan 
                  Peranan sebagi Pemimpin dalam Kumpulan Kecil.

10.       Merupakan Suatu Keseronokan _.
            -    Keseronokan Merupakan Suatu Program Pengakap yang Menggunakan Cara
                 dan Kaedah Pengakap.



B-P Berkata “ Jika Pengakap itu Tidak Ada Keseronokan maka ia akan
Kehilangan Daya Tarikan
dan Kejayaan “


   
LAMPIRAN 1B


PRINSIP ASAS KEPENGAKAPAN

Prinsip Asas dalam Kepengakapan  berdasarkan kepada Asas-Asas dalam Pergerakan Pengakap yang digabungkan dalam elemen berikut:

1.                  Pengertian / Difinasi Pengakap.

2.                  Matlamat Kepengakapan

3.                  Prinsip-Prinsip Kepengakapan

4.                  Cara dan Kaedah Pengakap.


1.         DIFINASI PENGAKAP.

-          Pergerakan Sukarela

-          Bebas dari Politik.

-          Melatih Golongan Muda Remaja.

-          Terbuka kepada Semua.


2.         MATLAMAT PENGAKAP.

            Untuk Melatih golongan Muda-Remaja bagi melahirkan Individu yang
            Berpotensi dari segi Fizikal, Intelek, Sosial dan Rohani serta
Bertanggungjawab terhadap Dirinya,  Masyarakatnya, Agamanya,
Negaranya dan Masyarakat Antarabangsa.


3.         PRINSIP-PRINSIP KEPENGAKAPAN.

-          Kepercayaan Kepada Tuhan.

-          Tanggungjawab Kepada Masyarakat dan Negara

-          Perkhidmatan Kepada Diri Sendiri.

Berdasarkan Kepada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap.

4.         CARA ATAU KAEDAH PENGAKAP.

            Suatu Sistem Pemelajaaran Memajukan Diri Sendiri Melalui:

-          Persetiaan dan Undang-Undang

-          Belajar Sambul Membuat./Bermain.

-          Mempunyai Kumpulan Kecil (Sistem Patrol)

-          Skim Latihan Kemajuan yang prograsif (Sukatan Pelajaran)


LAMPIRAN 1C

TUJUAN DAN DASAR


TUJUAN DAN DASAR PERSEKUTAN PENGAKAP MALAYSIA
Akta Parlimen No. 38 Tahun 1968 dengn Pindaan-Pindaan No.143 Tahun 1974
dan No. 409 Tahun 1989 dalam Undang-Undang Malaysia yang diperbadankan
sebagai Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia.

Dasar Pertubuhan Undang-Undang (P.O.R.)


BAHAGIAN II
TUJUAN DAN DASAR

TUJUAN

1.         (a)   Tujuan Persekutuan ini bagi memajukan anak-anak menjadi rakyat yang baik
dengan membentuk sifat perangainya – melatih tabiatnya supaya biasa tajam pemerhatiannya, menurut perintah dan percayakan kebolehan dirinya – menanamkan semangat taat setia dan menimbangkan orang lain. – mengajar mereka berkhidmat dan
berguna kepada orang ramai, dan membuat sendiri benda-benda yang berguna bagi dirinya – memajukan kesihatan tubuhnya, fikirannya dan semangatnya terhadap ugama.

            (b)   Cara latiahn yang tertentu bagi PENGAKAP  ialah dengan penerimaannya sebagai ahli kepada sesuatu persaudaraan yang disukainya, dipandu oleh pemimpin dewasa, yang beransur-ansur dikelolakan sendiri dalam kumpulan-kumpulan lengkongan um,ur yang bertingkat-tingkat, seterusnya: dengan membukakan kepadanya bertutus-turut gerakerja-gerakerja dan kejayaan-kejayaan yang sesama disukai diluar-luar dan peluang-peluang berkhidmat kepada orang lain, dengan memberikan kepadanya beransur-ansur tanggungjawab yang bertambah-tambah untuk dirinya dan orang-orang lain, supaya dia mempunyai kelayakan, berdikari, perangai baik, boleh diharap dan kuasa berkerjasama dan kepimpinan.


DASAR

2.         Dasar dan amalan Persekutuan ini adalah berdasarkan atas Undang-Undang
Pengakap dan Persetiaan Pengakap. Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang Pengakap
rasmi adalah dalam Bahasa Mayasia, tetapi kiranya mustahak, Persetiaan dan Undang-Undang itu dalam Bahasa Inggeris yang disahkan seperti tersebut dalam Peraturan-Peraturan ini boleh digunakan.


KURSUS KEPIMPINAN MANIK KAYU  (PENGENALAN)


Unit                 :           Semua Unit

SIDANG                                2

1.         Tajuk   :           Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap

2.         Masa    :                       45 minit.

3.         Objektif           :
           
Diakhiri sidang peserta kursus akan mendapat,

3.1.      Memahami falsafah di dalam Persetiaan Pengakap
                                    3.2.      Menghayati dan mematuhi Undang-Undang Pengakap.
                                    3.3       Menerapkan nilai-nilai murni yang tersurat dan 
 tersirat dalam Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap.
3.4.      Mengetahui bila persetiaan Pengakap dilafazkan

4.         Kaedah            :          
Perbincangan

5.         Nilai-nilai Murni                     

5.1.      Menjadi warganegara yang baik
                                    5.2.      Bertimbang rasa terhadap orang lain
                                    5.3.      Mengamalkan budi pekerti yang baik


6.         Alat Bantu                 

6.1.      Carta
                                    6.2.      Komputer
                                    6.3.      LCD.

7. Penyampaian  Pengajaran
           
7.1.      Langkah Satu             (05 minit)
                       
Seorang peserta kursus dipilih untuk melafazkan Persetiaan Pengakap.

7.2.      Langkah Dua:            (30 minit)

                                                - Menerangkan maksud Persetiaan Pengakap.
                                                - Menerangkan dan menunjukkan cara membuat persetiaan
                        - Menjelaskan bila ahli Pengakap dan Pemimpin Pengakap 
melafazkan Persetiaan Pengakap (Rujuk P.O.R BAHAGIAN II, Peraturan 3, 4 dan 5)

                        7.3.      Langkah Tiga:            (10 minit)
           
- Peserta diajar menyanyikan lagu Undang-Undang    
   Pengakap. menyanyi beramai-ramai


8.         Lampiran.                               

8.1. Persetiaan Pengakap
8.2. Undang-undang Pengakap

LAMPIRAN 2A


PERSETIAAN DAN
 UNDANG-UNDANG PENGAKAP


PERSETIAAN PENGAKAP

Bahawa Dengan Sesungguhnya
Saya berjanji dan Bersetia, yang saya
Dengan Seberapa Daya Upaya Saya, Akan

            TA’AT KEPADA TUHAN RAJA DAN NEGARA
            MENOLONG ORANG PADA SETIAP MASA
            MENURUT UNDANG-UNDANG PENGAKAP


Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap adalah Asas dalam Pengakapan.
Menjalankan aktiviti Pengakap tanpa Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap
adalah satu Kesalahan. Tanpa Persetiaan dan Undang-Undang itu maka ianya
Bukan Pengakapan. Ia mungkin satu Kelab Muda-Mudi yang sangat bagus.
tetapi bukanya satu Kumpulan Pengakap..


UNDANG-UNDANG PENGAKAP.

            1.   Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai, bermaruah dan
                  mempunyai kehormatan diri.
           
2.      Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang di-Pertuan Agong serta raja-
raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu bapanya, majikannya dan orang-orang di bawahnya.

3.      Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada
setiap masa.

4.      Pengakap adalah sahabat pada sekelian orang dan saudara kepada lain-lain
pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

5.      Pengakap adalah seorang yang baik dan sampurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

6.      Pengakap adalah baik dan kasih pada binatang.

7.   Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu
      bapanya, ketua patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya tanpa apa-
      apa soalan.

8.      Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis air mukanya walau
      dalam masa kesusuhan.

9.      Pengakap adalah seorang yang berjimat dan bercermat.

10.  Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.  


HORMAT PENGAKAP

            Seorang pengakap memberi hormat dengan menggunakan tangan kanan. Tiga jari
            yang digunakan menjelaskan dan mengingatkan ketiga-tiga bahagian Persetiaan 
            Pengakap. Hormat digunakan semasa:

1.                  Bertemu pengakap lain sama ada dalam atau luar negeri. Bagi
menunjukkan persaudaraan dan penghormatan.

2.                  Apabila menemui pemimpin, penolong pemimpin dan ketua patrol.

3.                  Selepas mengibar bendera atau semasa menaikkan bendera kebangsaan / negeri, dan bendera pengakap.

4.                  Dalam istiadat menerima anugerah, lencana dan sijil.

LAMPIRAN 2B

PERSETIAAN PENGAKAP

3.         Waktu dilantik, PENGAKAP membuat Persetiaan berikut:-

                        Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia
                        Yang saya dengan seberapa daya upaya saya, akan

                                    TAAT KEPADA TUHAN, RAJA DAN NEGARA
                                    MENOLONG ORANG PADA SETIAP MASA
                                    MENURUT UNDANG-UNDANG PENGAKAP.

            Dalam Bahasa Inggeris

                        On My Honour, I promise that I will do my best
-
                                    TO DO MY DUTY TO GOD, RULER AND COUNTRY
                                    TO HELP OTHER PEOPLE AT ALL TIME
                                    TO OBEY THE SCOUT LAW

PEMIMPIN PENGAKAP

4.         Pemimpin-Pemimpin Pengakap  yang menerima Tauliah mereka pada kali pertamanya hendaklah mengulangi Persetiaan Pengakap seperti dalam Peraturan 3.


ORANG-ORANG LAIN

5.         Orang-orang lain yang menjadi ahli Persekutuan ini menurut Peraturan-Peraturan ini boleh membuat Persetiaan Pengakap seperti dalam Peraturan 3 kiranya mereka suka.


KURSUS KEPIMPINAN MANIK KAYU  (PENGENALAN)


Unit                 :                       Semua Unit

SIDANG        :                                   3

1.         Tajuk   :                       Dasar Keagamaan

2.         Masa    :                                   30 minit.

3.         Objektif           :
           
Diakhiri sidang peserta kursus akan mendapat,

3.1.      Memahami dasar keagamaan dalam Persekutuan.
                                    3.2.      Tugas pemimpin dan pelaksanaan amalan keagamaan
3.3.      Menghormati kepercayaan orang lain

4.         Kaedah            :          
Perbincangan

5.         Nilai-nilaai Murni
           
5.1.      Hormat-menghormati
                                    5.2.      Bertanggungjawab.
                                    5.3.      Taat dan patuh

6.         Alat Bantu     

6.1.      Komputer
                                    6.2.      LCD

7.         Penyampaian  Pengajaran
                       
7.1.      Langkah Satu:            (10minit)

-           Menerangkan dasar agama seperti yang
diperuntukkan dalam P.O.R  SEKSYEN V. Peraturan.17.

7.2.      Langkah Dua:            (15 minit)

-           Menerangkan peranan pemimpin dalam memastikan amalan keagamaan contoh; solat dijalankan
-          Menerangakan perlunya diadakan pengajian      
            keagamaan di  kumpulan
           
7.3.      Langkah Tiga:            (05 minit)

-           Menjelaskan tanggungjawab pemimpin menggalakkan amalan mengikut kepercayaan agama masing-masing dan dilarang amengadakan upacara keagamaan yang berlainan disatukan dalam kumpulan. .
            Menentukan tiada ahli Pengakap menghadiri kumpulan agama selain dari agama yang dianutinya..
  
LAMPIRAN 3A

PERKEMBANGAN KEAGAMAAN

Cabutan daripada Akta Parlimen No. 38 Tahun 1968 pindaan-pindaan No. 143 Tahun 1974 dan No. 409 tahun 1989 dalam Undang-Undang Malaysia yang diperbadankan sebagai Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia.

Dasar Pertubuhan Undang-Undang (P.O.R)

SEKSYEN III

DASAR UGAMA

Dasar Ugama

17.     (1)   Persekutuan ini tidak terhad kepada sesuatu ugama, Walau bagaimana pun, adalah diharapkan bahawa tiap-tiap seorang pengakap hendaklah mengamalkan kerja-kerja ugama yang mereka anutinya dan menghormatkan kepercayaan orang-orang lain. Dalam suatu kumpulan yang mengandungi ahli-ahlinya dari satu ugama sahaja. Pemimpin Kumpulan ini boleh mengaturkan sembahyang dan pelajaran bagi ugama itu yang difikirkan baik dengan berunding dengan pegawai ugama yang berkenaan.

          (2)   Dalam suatu kumpulan yang mengandungi ahli-ahli daripada berbagai-bagai ugama, adalah menjadi tanggungjawab Pemimpin-Pemimpin menggalakkan mereka membuat ibadah mengikut cara ugama mereka masing-masing dan janganlah diadakan satu sembahyang yang khas bagi kesemuanya dalam kumpulan itu. Jika ada tegahan tidak membenarkan pengakap itu menghadiri perkumpulan ugama selain daripada perkumpulan ugamanya sendiri. Maka Pemimpin-Pemimpin Pengakap dalam Kumpulan hendaklah menjaga supaya tegahan itu dipatuhi selagi pengakap itu berada di bawah kawalannya.


KURSUS KEPIMPINAN MANIK KAYU  (PENGENALAN)



Unit                 :           Semua Unit

SIDANG        :                       4

1. Tajuk           :           Rekod dan Dokumen Kumpulan

2. Masa            :                       45 minit.

3. Objektif       :          
Diakhiri siding peserta kursus akan mendapat,
3.1.      Mengenal pasti jenis-jenis barang PPM digunakan dalam mentadbir kumpulan
                                    3.2.      Mengetahui pentingnya proses pengisian barang bagi
                                                keperluan/kegunaan urusan kepengakapan.
                                   
4. Kaedah        :          
4.1.      Perbincangan
4.2.      Pameran

5. Nilai-Nilai Murni    
5.1.      Bertanggungjawab
                                    5.2.      Ketepatan


6. Alat Bantu 
6.1.      Contoh-contoh barang
                                    6.2.      Komputer dan LCD


7. Penyampaian  Pengajaran
           
            7.1- Langkah Satu:      (15 minit)
                       
                                    -Menerangkan kegunaan barang bagi tujuan Pembaharuan dan
                                      Pendaftaran Kumpulan Baru dan Daftar Keahlian Pengakap.
                                    : Borang PPM-8, PPM-8(C)
                                    : Borang PPM-1(A), PPM-1(B)


            7.2. Langkah Dua:      (15 minit)

                                    - Menerangkan kegunaan barang bagi tujuan permohonan tauliah.
               : Borang PPM 9(A).
               : Tauliah sementara dan tauliah tetap.
               : Syarat-syarat bagi tauliah tetap.


            7.3. Langkah Tiga:      (15 minit)
           
                                    - Menerangkan keperluan menyimpan rekod-rekod dan dokumen
                                       lain di kumpulan.
                                     : Buku log kumpulan
                                     : Rekod Iventori
                                     : Rekod Kehadiran
                                     : Rekod Kemajuan Diri


KURSUS KEPIMPINAN MANIK KAYU  (PENGENALAN)


Unit                 :           Semua Unit

SIDANG        :                       5

1. Tajuk           :           Skima Latihan Kepimpinan

2. Masa            :                       30 minit.

3. Objektif       :          
Diakhiri siding peserta kursus akan mendapat,
3.1.      Memahami objektif latihan kempimpinan.
3.2.      Mengetahui dasar latihan yang disediakan oleh Persekutuan   
            Pengakap.
3.3.      Mengetahui aliran perkembangan latihan untuk pemimpin.

4. Kaedah        :           Perbincangan

5. Nilai Murni 
5.1.      Tanggungjawab
                                    5.2.      Komited
                                    5.3.      Semangat kesukarelaan


6. Alat Bantu
                                    6.1.      Carta
                                    6.2.      Komputer dan LCD.

7. Penyampaian / Pengajaran
           
            7.1. Langkah Satu:      (10 minit)
                       
- Menjelaskan dasar latihan yang disediakan oleh Persekutuan     
   Pengakap.
- Menerangkan keperluan pemimpin unit bagi sokongan peribadi  
   melalui latihan.formal dan tidak formal

            7.2. Langkah Dua:      (05 minit)

- Menerangkan objektif skima latihan kepimpinan dalam  
   membantu perkembangan sikap, kemahiran berpengakap dan  
   ilmu pengetahuaan kepengakapan..
                       
            7.3. Langkah Tiga:      (15 minit)
           
-          Menerangkan aliran perkembangan latihan kepimpinan yang  
prograsif : kursus pengenalan, krusus asas, latihan sambil berkhidmat, krusus lanjutan, penilaian dan pencalonan, anugerah manik kayu.


8. Lampiran:
                        - Carta aliran Skima Latihan
                     Kursus Kepimpinan Manik Kayu

LAMPIRAN 5A



6.0.      SKIM LATIHAN KEPIMPINAN

Skim Latihan Bagi Pemimpin Unit dikenali sebagai “ LATIHAN KEPIMPINAN MANIK KAYU “ atau “ WOOD BADGE LEADERSHIP TRAINING “. Ia merupakan latihan prograsif yang mengandungi lima peringkat dalam jangka masa setahun (12 bulan) di mana pemimpin yang berjaya akan dianugerahkan dengan Manik Kayu (dua butir).


6.1      KURSUS PENGENALAN

Kursus Latihan pertama secara formal kepada Pemimpin unit dan Bakal Pemimpin. Ia dijalankan selama lapan (8) jam dikendalikan oleh Penolong Jurulatih dan Jurulatih. Kursus ini memberi penerangan, penjelasan mengenai pengertian “ Apa Itu Kepengakapan”., serta maklumat dan perkembangan umum Pergerakan Pengakap. Kursus Pengenalan melayakan Pemimpin Unit memperolehi Tauliah Sementara. Kursus ini adalah wajib bagi mengikuti kursus seterusnya.


6.2.      KURSUS KEPIMPINAN MANIK KAYU PERINGKAT SATU.

            Dikenali sebagai KURSUS ASAS. Ia dijalankan di Pusat Latihan atau tempat
yang sesuai dan lengkap dengan kemudahan untuk menjalankan latihan amali. Kursus ini dijalankan selama 3 hari 2 malam mengikut unit-unit (PKK/PM/PR/PK) dan peserta diwajibkan tidur di khemah. Ia diketuai oleh Penolong Jurulatih atau Jurulatih.. Kandungan latihan kursus adalah: asas merancang, pelaksanaan program dan kemahiran berpengakap. Setelah tamat kursus peserta diharapkan boleh mengendalikan unit di kumpulan dengan berkesan.


6.3.            KURSUS KEPIMPINAN MANIK KAYU PERINGKAT DUA

Kursus ini merupakan Kursus Tak Formal atau Latihan Sambil Berkhidmat di mana Pemimpin Unit akan menjalankan dan mengandalikan aktiviti kepengakapan di kumpulannya atau kumpulan lain, dibawah bimbingan dan bantuan pemimpin yang berkelayakan dan pemegang Manik Kayu dari kumpulannya, atau Ahli Pasukan Latihan Daerah yang dilantik oleh Pesuruhjaya Daerah.

Pembimbing bertanggungjawab memberikan latihan yang betul melalui demonterasi, lawatan ke terup lain, perbincangan dan pertukaran idea di mesyuarat pemimpin di peringkat daerah. Selepas ini Pemimpin ini disahkan dan diberikan Tauliah Tetap.


6.4.            KURSUS KEPIMPINAN MANIK KAYU PERINGKAT TIGA

Dikenali sebagai KURSUS LANJUTAN. Ia mengandungi dua (2) peringkat yang dijalankan pada jarak masa tidak mlebihi dari 4 minggu. Tempoh kursus adalah seperti berikut:

Peringkat Satu:            3 hari 2 malam untuk semua Unit.
Peringkat Dua:            3 hari 2 malam untuk Unit PKK
                                    4 hari 3 malam untuk Unit PM/PR/PK.

Kursus ini hendaklah diketuai oleh seorang Jurulatih dan dibantu oleh Penolong Jurulatih serta Pembimbing. Kursus ini dijalankan di Pusat Latihan  dengan keperluan dan peralatan latihan yang lengkap dan mencukupi. Peserta dikehendaki menyediakan Tapak Perkhemahan yang mematuhi piawai (Camping Standard) dan menyediakan makanan sendiri.

Tujuan Kursus Lanjutan ini adalah memperkembangan lagi kemahiran berpengakap, merancang dan melaksanakan serta mengkaji dan menilai perkara - perkara asas kepengakapan. dengan memprektikkan kaedah dan cara pengakap seperti amalan dan penghayatan Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap dan Sistem Berpatrol..dengan menititkberatkan unsur-unsur  kepengakapan sepereti; keseronokan, aktiviti mencabar,. kerjasama, kepimpinan, belajar sambil membuat dan sebagainya. Peserta juga akan diberikan satu Projek Pendek di akhir Peringkat Satu untuk disediakan dan dipersembahkan dalam siding di Peringkat dua nanti.
Bagi unit PM/PR/PK akan menjalankan pengembaraan / ekspidisi pada jarak yang ditetapkan dan bermalam semalam di luar pusat serta melaksanakan tugasan yang diberikan sepanjang pengambaraan / ekspidisi.


6.5.            PELAKSANAAN PENGALAMAN DAN PENILAIAN

Tempoh melaksanakan pengalaman dan amali dalam kumpulannya selama empat (4) bulan dibawah kelolaan seorang Pembimbing yang terdiri daripada Pemimpin di kumpulannya atau Ahli Pasukan Latihan Daerah yang dilantik oleh Pesuruhjaya Daerah. Penilian akhir akan dibuat oleh Pembimbing yang akan mengesahkan dan mencalonkan Pemimpin Unit  itu dianugerahkan Manik Kayu dengan melengkapkan Borang-borang yang berkaitan.

KURSUS KEPIMPINAN MANIK KAYU  (PENGENALAN)

Unit                 :           Semua Unit

SIDANG                                6

1. Tajuk           :           Sejarah kepengakapan

2. Masa            :                       45 minit.

3. Objektif       :          
Diakhiri siding peserta kursus akan mendapat,
3.1.      Menghayati ketokohan Pengasas Pergerakan Pengakap
            sedunia.
                                    3.2.      Memahami perkembangan sejarah kepengakapan di
            Malaysia.
3.3.      Menghargai sumbangan kepimpinan Pengakap dalam 
            perkembangan berpengakap.

4. Kaedah        :           Ceramah

5. Nilai-Nilai Murni    
5.1.      Kasih-sayang
                                    5.2.      Menghormati
                                    5.3.      Bersyukur
                                    5.4.      Menghargai
                                    5.5.      Mengenang Jasa


6. Alat Bantu 
6.1.      Gambaran
                                    6.2.      Risalah
                                   
7. Penyampaian  Pengajaran
           
            7.1. Langkah Satu:      (15 minit)
                       
                                    -Menerangkan riwayat hidup pengasas Pergerakan Pengakap.
                                    - B.P semasa budak.
                                    - B.P sebagai tentera.


            7.2. Langkah Dua:      (15 minit)

                                    - Menerangkan permulaan pergerakan Pengakap
              (Perkhemahan di Pulau Brown Sea)
                                    - Kisah BP sebagai Ketua Pengakap Sedunia
                                    - Kisah BP di akhir hayatnya.


            7.3. Langkah Tiga:      (15 minit)
           
                                    - Menerangkan Perkembangan Pengakap di Malaysia, di negeri-
               negeri Tanah Melayu dan di Sabah dan Sarawak
                       

8. Lampiran.                           

-    Gambar
   Carta

LAMPIRAN  6A



SEJARAH  PENGAKAP


A.        RIWAYAT HIDUP PENGASAS PERGERAKAN PENGAKAP LORD B-P

Pada 22hb, Febuari 1857 seorang bayi telah dilahirkan di sebuah rumah berhampiran Hyde Park London. Bayi itu dinamakan  ROBERT STEPHENSON SMYTH BADEN POWELL ( B-P )  mempunyai 7 orang adik beradik. Bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, ialah seorang Mahaguru (Professor) di University of Oxford. Bapa B-P meninggal dunia ketika B-p berusia 3 tahun. Ibunya adalah anak seorang Laksamana
British yang bernama W. T. Smyth.

            B-P  SEMASA BUDAK
           
            Sungguhpun kesempitan hidup kerap menimpa keluarga yang ramai itu, tetapi
            kerana kasih saying seorang ibu terhadap anak-anaknya dan kasih saying anak-
            anaknya terhadap ibu mereka, kesempitan sentiasa dapat diatasi. B-P telah telah
            mendapat banyak pengajaran dari ibunya dan juga belajar di Sekolah Rose Hill di
            Tunbridge Wells.
            Dalam Tahun 1870 B-P telah mendapat biasiswa untuk belajar di sebuah sekolah
            yang bernama Charterhouse di Bandar London. Beliau bukanlah seorang murid
            yang mempunyai sebarang kelebihan tertentu, tetapi beliau murid yang periang di
            sekolah itu. Jika ada sebarang keramaian dijalankan di sekolah tersebut, biasanya
            beliau yang mengetuainya. Dalam tempoh tidak berapa lama dia mula terkenal
            kerana kebolehannya menjadi penjaga gol pasukan bola Charterhouse. Setiap
            kali berlakun beliau akan mempersembahkan lakonan yang menyebabkan seluroh
isi sekolah tidak kering gusi.

            B-P DI INDIA, AFRIKA SELATAN  & PEPERANGAN
           
            B-P telah lulus dari Sekolah Charterhouse ketika umurnya 19 tahun. B-P telah
mencapai tempat ke dua dalam peperiksaan Pasukan Tentera Berkuda (Calvary)
dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda bagi Pasukan Askar HUSSAR Yang Ke –
13 dan ditempatkan di India. Dalam Tahun 1887 B-P berada di Afrika menyertai
peperangan menentang keganasan orang-orang Zulu  Selepas itu beliau turut
sama dalam peperangan dengan orang-orang Ashantidan Matabele.

Di situ beliau digelar “ KANTANEYE “ yang bermaksud “ TOPI BESAR “ Anak-anak negeri itu amat takut kepada B-P sehingga mereka mengelarnya “ IMPESSA “ yang bermakna “ Serigala yang tak pernah tidur “ kerana kecekalan hatiny, kepintaran menangkap dan kebolehannya yang luar biasa dalam kerja-kerja mengesan.

Kejayaan demi kejayaan itu menyebabkan B-P mendapat pangkat yang
melompay-lompat dan menjadikan seorang yang masyhor. Dalam tahun 1899
ketika B-P berumur 43 tahun pangkatnya meningkat ke Kolonel. Peperangan
telah berlaku dan B-P telah mempertahankan Mafeking daripada kepungan musuh
yang berlipat ganda jumlahnya selama 217 hari iaitu dari 13 Oktober 1899
sehingga pasukan bantuan tiba dan menembusi kepungan tersebut pada 18 Mei
1890. Selepas itu B-P dinaikkan pangkat Mejor Jeneral dan segera menjadi pujaan
Rakyat di negaranya.


B.        PENGAKAP DILAHIRKAN

Pada Tahun 1901 bila B-P pulang ke England dari Afrika Selatan beliau menulis sebuah buku yang bertaju “ AIDS TO SCOUTING “  Selepas cabaran menulis buku itu B-P terus menulis buku dengan berdasarkan kepada pengalaman-pengalamannya di India dan Afrika. Buku ini adalah bimbingan pengakap untuk askar atau tentera dan turut diminati dan juga telah dijadikan sebagai salah satu buku pelajaran sekolah.

            Pada tahun 1907 B-P telah membawa sekumpulan budak lelaki seramai dua puluh
            orang ke Pulau Brownsea  di English Channel  di Pulau Harbour  dengan
            melangsungkan perkhemahan budak-budak pengakap yang pertama sekali di
            dunia. Perkhemahan ini ternyata amat berjaya. Pada Tahun 1908 B-P telah
menerbitkan sebuah buku yang bertajuk “ SCOUTING FOR BOYS “  di mana
isi kandungannya manjadi panduan bagi melatih budak-budak menjadi pengakap
dan dihiasi dengan lukisan-lukisan menarik oleh B-P. Apabila pergerakan itu
 mulai berkembang dengan pesat beliau telah berbakti kepada tanah airnya dengan
menjalankan latihan generasi muda dan beliau mengambil keputusan untuk
berhenti dalam Pasukan Tentera dan mula masuk dalam penghidupan baru dalam
PENGAKAP.
Pada tahun 1937 sewaktu B-P berumur 83 tahun beliau bersama-sama dengan
Isterinya Lady Baden Powell bersama juga dengan anak-anaknya: Peter, Heather
dan Betty meninggalkan Bandar London dan Menuju ke Kenya. Afika dan ber
mustawtin di sebuah kampung yang aman, padang yang indah, hutan yang
menghijau, kemuncak gunung ynag diliputi oleh salji di mana B-P dengan
keluarganya berehat setelah lama berbakti kepada dunia. B-P telah meninggal
dunia  pada 8 Januari 1941 di Piaxto Kenya ketika berumor 83 tahun dan telah
dikebumikan di baying-bayang lembut Gunong Kalimanjaro Kenya. .


C.        PERKEMBANGAN PENGAKAP DI MALAYSIA

Sejarah Pergerakan Pengakap di Malaysia dengan keahlian seramai 30 orang mula bertapak di Singapura pada tahun 1910 hasil usaha F.c Sands. Namun begitu sebenarnya pasukan pengakap telah di  tubuhkan pada tahun 1908 di Pulau Pinang dan di Selangor pada tahun 1909 tetapi gagal kerana tidak dapat bergerak aktif.

Pasukan pengakap kemudiannya telah berkembang di negeri-negeri Tanah Melayu sehingga ke Sabah dan Sarawak Sejarah penubuhan dan pengasasnya adalah seperti berikut:

-          F.C. Sands di Singapura tahun 1910
-          H.R Cheesman di Pulau Pinang dan Johor tahun 1928
-          I.R Wheeler di Perak  tahun 1926
-          E.C. Hicks; A.G. Staurt; R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah tahun 1922
-          R. Brunston di Melaka tahun 1925
-          Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan tahun 1925.
-          Ameen Akhbar di Selangor  tahun 1926
-          A.J. Cracle di Terangganu tahun 1926
-          Y.M. Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan tahun 1927
-          Perlis tahun 1931 di bawah naungan Negeri Kedah.
-          Rev. Cannon Thomes Cecil Alaxander di Sabah tahun 1913
-          Di Sarawak tahun 1915.

KURSUS KEPIMPINAN MANIK KAYU  (PENGENALAN)


Unit                 :           Semua Unit

SIDANG        :                       7

1.         Tajuk   :           Pakaian Seragam Pengakap

2.         Masa    :                       30 minit.

3.         Objektif           :          
Diakhiri siding peserta kursus akan mendapat,
3.1.      Memahami matlamat bagi semua arahan berhubung 
            dengan pakaian seragam.
3.2.      Mengenal pasti bentuk asas pakaian yang digunakan
            bagi pemimpin (L/W) ; ahli Pengakap (L/W)
3.3.      Mengetahui pemakai jenis-jenis lencana Pengakap
            yang digunakan.
3.4.      Memahami hak memakai jenis-jenis pakaian seragam
            bagi pemimpin dan pesuruhjaya.

4.         Kaedah            :          
4.1.      Pameran
                                    4.2.      Demonstrasi

5.         Nilai-Nilai Murni        
5.1.      Kekemasan Diri
                                    5.2.      Keseragaman
                                    5.3.      Bangga
                                   
6.         Alat Bantu     
6.1.      Pakaian Seragam
                                    6.2       Lencana Pengakap
                                   
7.         Penyampaian  Pengajaran
           
7.1.      Langkah Satu:            (10 minit)
                       
         Menerangkan bentuk dan jenis pakaian seragam bagi ahli Pengakap (Lelaki/Perempuan).
         Perbezaan bentuk baju anatara (L/P) dan penggunaan tudung bagi ahli Pengakap perempuan
         Pemakaian tanda pangkat dan warna mengikut unit 
                                    (PKK/PM/PR)


                        7.2.      Langkah Dua:            (10 minit)

                                                -           Menerangkan pakaian seragam bagi pemimpin
                                    (Lelaki/Perempuan)
                                                -           Pemakaian tanda pangkat dibahu atau epulet bagi
                        pemimpin dan penolong pemimpin dan pemimpin
            kumpulan
                                                -           Perbezaan pemakaian alatan
                                                                        a.         Wogle Gillwell
                                                                        b.         Skaf Gillwell
                                                                        c.          Manik Kayu


                        7.3.      Langkah Tiga:            (10 minit)
           
-                      Menerangkan hak memakai pakaian rasmi (No.2) dan pakaian  biasa (No.3) bagi Pesuruhjaya dan Pemimpin.
                       
8.         Lampiran.                               

-                      Pakaian Seragam
-                      Carta
-                      Gambar rajah
-                      Pemakaian Lencana
-                      Tanda pangkat




> Alhamdulillah...selamat menjalani dengan sempurna <

Comments

  1. Assalamualaikum,
    Di mana boleh saya dapatkan Woodbadge Scarf, Woggle & Tali Manik (2 manik)? Sila emailkan kepada saya. Terima kasih. Wasalam.
    mhkalil.j@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum....Bahan yang sangat berguna. Boleh share ke Puan? Sebab saya dah ikut KMK sampai 4A...dimaktab dulu tapi buku log dah hancur dimakan anai-anai...sedih sungguh...so nak buat semula lah nie...untuk rujukan. Anything Puan boleh email sya....memazie@gmail.com
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Dipersilakan.

      Delete
    2. Waalaikumusalam. Dipersilakan.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Skim Pengakap Muda

BUKU LOG PENGAKAP KELANA