3 Kos Pilihan

Tiga kos pilihan untuk berkahwin.

1. Berkahwin mengikut rukun nikah yang sah. Jumlah kos RM 430.
Kosnya adalah :
* Menghadiri kursus perkahwinan RM 80
* Ujian HIV lebih kurang RM 100.
* Kos Kadi RM 150
* Mas Kahwin RM 100 ikut negeri.

2. Berkahwin mengikut rukun nikah yang sah di tambah sunnah mengadakan kenduri kesyukuran RM 920
* Kos kahwin mengikut rukun nikah yang sah RM 430
* Kos makan malam, tengahari ataupun minum petang (salah satu) untuk 70 orang jiran tetangga RM 490.

3. Berkahwin ikut Islam dan kos mas kahwin semasa RM 5820
* Kos kahwin seperti nombor 2 RM 920

* Mas Kahwin dinaikkan dari RM 100 kepada RM 5,000.

4. Berkahwin mengikut adat nenek moyang RM ???
* Kos nikah dan mas kahwin asas RM 430
* Kos barangan hantaran RM 2,000
* Kos khemah, pelamin raja, makan beradab dan catering RM 15,000
* Kos baju pengantin dan sewa baju-baju RM 1000
* Set katil bilik tidur pengantin RM 2000
* Kad kahwin dan banner RM 500
* Wang hantaran RM 10,000 - 15,000
* Kos adat itu ini, itu ini, itu ini….

Hidup ini adalah pilihan, hendak kahwin supaya dapat pahala dari Allah pun boleh, hendak kahwin supaya dapat ‘restu’ dari nenek moyang (adat) pun boleh, isu suka hati.

Kerana yang menanggungnya adalah kita secara individu.


via : Harian Islam

* kalau saya, saya kumpul duit dulu...apa-apa yang lebih pada bahagian mana bergantung pada kita..tak ada lah sehingga memudaratkan pasangan..yang paling utama, berkahwin lah dengan usaha sendiri sebab Allah menyuruh kita berusaha.

Comments

Popular posts from this blog

Skim Pengakap Muda

BUKU LOG PENGAKAP KELANA