Cantik Nya Kamu


Anak-anak Adam
Anak-anak putih kain baldu
Cantiknya kamu
Di mata sebuah pengharapan
Melihat kamu berjaya
Bukan di dunia malah di sana jua

Anak-anak Adam
Cantiknya kamu
Kalau dirimu tetap pada yang satu
Indahnya pekerti mu
Kalau sekarang kamu tidak alpa hal dunia
Bukan untuk kita tapi untuk semua

Kalau dulu ku kenal kamu dengan berhijab
Kalau dulu ku kenal kamu dengan senyuman
Kalau dulu ku kenal kamu dengan kekosongan
Dan kalau dulu aku kenal kamu dengan atas satu hubungan
Kini
Aku harap kamu masih seperti dulu
Aku harap kamu lebih dari dulu
Aku harap hidup mu penuh dengan 1001 kata bahagia
Dan aku harap kamu masih ingat akan diriku

Anak-anak Adam
Seperti aku jua dari benih azali yang sama
Ingatan pada semua dan diriku jua
Jangan mudah alpa hal dunia
Cantik di mata manusia 
Tak semestinya cantik di pandangan Yang Esa
Mohon aku jua beroleh keberkatan yang sama
Mohon aku jua terbuka hati untuk merasa
Kerana
Cantiknya kita kerana ada Dia
Cantiknya kita atas izin Dia


Cantik Nya Kamu







Comments

Popular posts from this blog

Skim Pengakap Muda

BUKU LOG PENGAKAP KELANA