Tip untuk berkhemah

Apa yang aku dapat fikir dalam hidup aku??
Datok --> Broga Hill ---> Berembun --> Irau --> Berinchang --> Jasar --> Perdah
Kalau tengok dari berpuluh camping pengakap yang aku join...
Jauh ler beza nye ler dari masuk hutan mcm ni.
kalo pengakap juz masuk hutan Komanwel, hutan Templer..hutan Maju Ternak..
kalo tak jatuh, pacat...kalo tak pon...mcm2 cerite
" Outdoor teach us how to learn "
" Outdoor teach us how to remember "
" Outdoor teach us how to appreciate "
isn't it??


1. Pemilihan Tapak Perkhemahan :

a) Tanah yang rata
b) Ada perlindungan dari angin seperti tempat berbukit
c) Berdekatan dengan punca air
d) Mendapat sinaran matahari
e) Mempunyai hubungan dengan jalan, trek atau denai

2. Mendirikan Khemah :


a) Dipasang di atas tapak yang sesuai yang telah dipilih
b) Bahagian belakang khemah menghadap arah angin
c) Di tempat berpasir atau tanah lembut gunakan kayu untuk menguatkan pacakkan bagi mengukuhkan khemah, begitu juga pada khemah di kawasan yang terdedah kepada gangguan angin
d) Pancang khemah hendaklah bersudut tepat/seimbang dengan tanah apabila dipacak

3. Larangan Semasa Berkhemah :

a) Jangan berkhemah terlalu dekat dengan punca air
b) Kawasan lalang ( bahaya bintang jenis melata dan kebakaran merebak dengan cepat )
c) Semak samun atau kawasan belukar
d) Tanah Lembap berpaya, berlumpur atau berlopak
e) Diatas tebing tinggi dan curam
f) Dibawah pokok rimbun atau dahan mati
g) Kawasan berbatu dan berpasir ( susah memacak pancang )
h) Di lereng bukit dan kawasan cenuram
i) Jangan membawa masuk bahan berunsur kimia atau gas kedalam khemah contoh: lantern/stove
* the most important thing..WATCH YOUR MOUTH...WATCH YOUR STEP..WATCH YOURSELF

_ betol x ja_

Comments

  1. ..iye betolllll.......btol btol btol..haihh....nanye ak lak btol ke idak....lalallalalalalalalalalalalla

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Skim Pengakap Muda

BUKU LOG PENGAKAP KELANA