Posts

Showing posts from February, 2013

Ketenangan Yang Hakiki

Image
Subhanaallah..tenang bila diri aku yang sedih dan tak tenang ni dilembutkan hati dengan ingatanku pada Mu Bila difikir akan permintaan..semua orang ada permintaan...ada hak untuk meminta.. Tapi, bila difikir..hanya merujuk pada diri ku..kerana aku tidak menilai orang lain sama dengan diri ku.. Aku memang boleh meminta tapi mungkin pepatah " ukur baju dibadan sendiri " itu tepat pada diri ku Menginginkan kebahagian bukan selalu dapat Menginginkan kebebasan bukan selalu adil Menginginkan orang yang baik bukan selalu layak Maka, aku simpulkan..bahawa.. Aku hanya perlu berdoa pada Allah supaya ditentukan perkara yang terbaik untuk ku Aku perlu berusaha untuk jadi yang terbaik.. Supaya suatu hari nanti ketika aku jatuh, aku mampu tersenyum kerana aku sudah buat yang terbaik Semoga kesabaran dan ketenangan ni kekal dalam roh ku supaya aku sentiasa ada untuk dia dan Mu Amin



Perempuan dan Kereta

Image
Setelah bersuka ria bersama rakan-rakan kat pasar malam Tanjung Malim tadi...tetibe terfikir entry untuk sahabat aku sorang ni...Nurul Syafiqah Binti Khairul Anuwar.. [jangan marah]
Aksi mu bersama kereta kebal mu...
Adakah sama dengan aksi anda??

---> Bila ada kereta belakang cucuk kat belakang, mesti korang rasa bengang..
        So, anda buat bodoh..sampai satu tahap anda puas hati, baru anda ke kiri.
---> Bila ada kereta lain masuk dari simpang, padahal anda adalah di jalan utama, 
        masuk tanpa bagi signal dan dengan muka selenge je, mesti anda bagi hon...
         kalo tak sekali, mesti beberapa kali.
---> Bila kereta anda dah bagi sedia nak masuk parking, tetibe ada kereta lain cilok masuk, 
        mesti anda hangin satu badan..time tu mulut anda automatik jadi pot pet dan tangan 
        menekan hon dengan dahsyat nya.
---> Kat lebuhraya, jalan itu seperti hak sendiri...Hak Memandu, Hak Kami !!!
---> Bila silap bagi signal atau lupa nak bagi signal, tetibe ada satu k…

Perempuan dan Makanan

Image
Waktu bila perempuan kuat makan ??
----> Waktu bulan mengambang
----> Waktu stress
----> Waktu datang umah kawan, langkah kanan
----> Waktu boyfren xbalas mesej / gaduh
----> Waktu cuti semester tanpa gaji / keje
----> Waktu makanfree
----> Waktu buat assignment tak siap-siap
* this refer to me and my friends..hehhe..
* Noor Fariza Binti Marzuki ----> I miss to hang out with you..becoz i will never hungry...[jangan marah]


Betul ker kalau kita tension..stress..kita makan, kita jadi lega ( sikit r ) ? Aku setuju.... sebab aku pon macam ni.. -terima kasih-

Masalah Perempuan

Image
Dua masalah perempuan 1. Tiada pakaian untuk dipakai 2. Tiada ruang untuk pakaian
* masalah ini sering dialami oleh semua perempuan...tipulah kalau tak pernah mengalami nya.. aku pun selalu jer alami.. padahal..baju belambak depan mata..susah nak memilih yang mana satu.. kadang-kadang fikir macam tak cukup lagi baju yang sedia ada.. Sila angkat angkat kalau siapa yang kata ini benar..hohoho

* mode : memilih baju untuk ke kuliah bersama roomate ---> Shuhaida Mah Hassan

KURSUS MANIKAYU 1 ( KANAK-KANAK)

KURSUS MANIKAYU 1 (MUDA)

KURSUS MANIKAYU 1 (REMAJA)

BORANG PERMOHONAN PINJAMAN BA

ISTIADAT SERAH TUGAS

Skim Pengakap Remaja

1.0       Pengenalan Unit Pengakap Remaja adalah bahagian yang ketiga dalam siri latihan berpengakap. Pengakap Remaja adalah selepas Pengakap Kanak-Kanak dan Pengakap Muda. Tujuan Pengakap Remaja ialah membolehkan Pengakap meneruskan latihan hingga tamat bagi suatu peringkat latihan yang sesuai dengan pertumbuhan jasmani dan rohani setelah menempuhi latihan Pengakap Muda. Pengakap Remaja melibatkan pelajar yang berusia 15 hingga 18 tahun. Lencana yang terdapat dalam Unit Pengakap Remaja ialah Lencana Jayadiri, Lencana Kemahiran, Lencana Kegiatan, Lencana Ekspidisi & Lencana Perkhidmatan.
2.0       Lencana Jayadiri TEKAN UNTUK LOGO LENCANA JAYADIRI Lencana ini diberi untuk mengakui pengetahuan pengakap dalam kenegaraan, fungsi-fungsi Parlimen Malaysia, badan berkanun dan mempunyai Buku Log Pengakap yang kemas kini. i.Mengetahui fungsi-fungsi Parlimen ii.Melukis dan menerangkan rekabentuk bendera semua Negeri dala Malaysia dan mengetahui jata Malaysia dan negeri masing-masing. iii.Menerang…

Putih vs. Hitam

Putihtidaklah bermaksud cantik dan hitam tidaklah bererti kotor 

kerana putihnya kafan itu menakutkan 

sedangkan kelambu kaabah yang hitam itu menyenangkan..

_ BERSAMA-SAMA MENGINGATI SILAP SEBELUM LENA PANJANG_

Bubur Yang Berkat

At Thabari merekodkan al-Ausath dengan sanad yang hasan (baik). Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, " Rasulullah S.A.W memanggilku lalu berkata, " Pergilah ke rumah dan katakan kepada seisi rumah, " Bawa makanan yang ada padamu ". Mereka memberiku talam yang berisi bubur bercampur kurma. Aku pun bawakan kepada Rasulullah S.A.W. Sesudah itu, beliau berkata lagi, " Panggillah semua orang yang ada di dalam masjid". Aku berkata dalam hati, " Celakalah aku. Aku lihat makanan ini terlalu sedikit. Benar-benar celakalah aku kerana bermaksiat dengan memanggil mereka, lalu mereka semua akan berkumpul."

Nabi Muhammad S.A.W meletakkan jari jemarinya ke atas makanan itu, meludahi setiap bahagiannya, seraya berkata, " Makanlah dengan nama Allah! ". Mereka pun makan dengan kenyang dan aku juga ikut makan hingga kenyang. Sesudah itu, aku mengangkatnya. Ternyata keadaannya sama seperti keadaan asal kecuali ada bekas jari-jari Rasulullah S.A.W ( yang …

XPDC GUNUNG LEDANG

Image
Alhamdulillah...16 Februari 2013 ----> Puncak Gunung Ledang Berjaya Ditawan

Penginapan di Kem Asahan Saujana.... 17 Februari 2013, hari yang ditunggu untuk mu Ledang Sebenarnya, hanya tawakal jer naik Gunung Ledang ni Sebab period pain yang amat sakit...1st day Start naik tangga yang amat tinggi dan penat jam 9.15 pagi  before that, make sure ape yang dibawa masuk WAJIB dibawa keluar itu duit yer...sebab dah bayar RM100 utk sampah+barang yang dibawa masuk
Kami seramai 23 orang peserta berkumpul kat Pejabat Hutan then...melalui : CP1 - Bukit Semput CP2 - Trail Lagenda CP3 - Batu Orkid CP 5 - Sungai Tiga Segi CP 6 - Gua Kambing CP 7 - Bukit Botak Destinasi - Puncak Gunung Ledang * laluan ini tidak melalui CP4 iaitu Kolam Gajah
CP 1 - Jam 9.15 bertolak..sebelum sampai Bukit Semput, kena naik tangga.Namanya Tangga Mahligai..memang mahligai sangat sebab pacak menuju mahligai..huhu..kat sini, ade 2 peserta tarik diri..Lina + Cheq Ra jangan sedey yer..kerugian yer di situ..takpe, cuba lagi ne…

Students Story

Bapakku pulang dari hutan,
Bapakku beli 1 rotan,
Anaknya nakal macam setan,
Bapakku rotan sampai pengsan..
* even anak murid nakal tahap dewa pon, senyum lah sebab tu lah yang ajar kita erti tugas

BERAK dan BREAK ialah satu maksud yang sama sebab dua-dua maksud ialah melepaskan .So??
* anak murid ni suke bercerita hal cinta mereka..jangan dimarah..cuma sedarkan mereka..
  fikiran mereka tak sama dengan zaman kita dulu.

Jawab exam Math → Tak tahu nak jawab → Letak number phone Cikgu Math → Tulis, " Sila call number ni kalau nak tahu jawapannya " xD
* yang ni aku suka...becoz i'm math teacher...

UPSR is nothing. PMR is something. SPM is everything
* jangan duk tengking budak kalau mereka tak dak mood nak belajar..sebab itu lah tugas kita untuk buat mereka gembira untuk datang ke sekolah.

Pakai bb ➜ Pakai iphone ➜Pakai experia ➜ Pakai galaxy ➜Whoaa canggihnyaa ➜ Tapi hantar text "hi,please call meback" ➜ Jeruk petai betul !
 * budak-budak zaman sekarang memang canggih dari cik…

Alam Sana

Bila ALLAH cepat makbulkan doa mu....maka Dia menyayangi kamu...!!!
Bila ALLAH lambat makbulkan doa mu...maka Dia ingin Menguji kamu....!!!

Bila ALLAH tidak makbulkan doa mu....
Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kamu
Tiap-tiap yang hidup pasti akan merasai mati.. Tiap-tiap makhluk semuanya akan rosak binasa Sesunnguhnya di hari Kiamat akan diberi balasan pahala dan dosa bagi kamu… Berbahagialah sesiapa yang dimasukan ke dalam Syurga
Dan di jauh kan dari azab Neraka jahanam.. Penghidupan dunia adalah palsu belaka…..
Yaa Nadzirah binti Aisah…Kamu sekarang berada di alam Akhirat dan menuju ke Alam Baqa.. Tinggalah disini hingga hari kiamat… Sudah terputus segala kemewahan bagi kamu..sudah terlepas kesedapan Dunia bagi kamu… Kamu tinggalkan harta kekayaan,pangkat,darjat,gelaran kebesaran
dan kedudukan yang engkau banggakan di Dunia…. Sesungguhnya sudah terpisah segala pekerjaan dan amalan dunia melalaikan
3 perkara yang engkau bawa untuk mengadap ALLAH Azzawajaala… Sedekah yang…