Alam Sana

Bila ALLAH cepat makbulkan doa mu....maka Dia menyayangi kamu...!!!
Bila ALLAH lambat makbulkan doa mu...maka Dia ingin Menguji kamu....!!!

Bila ALLAH tidak makbulkan doa mu....
Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kamu

Tiap-tiap yang hidup pasti akan merasai mati..
Tiap-tiap makhluk semuanya akan rosak binasa
Sesunnguhnya di hari Kiamat akan diberi balasan pahala dan dosa bagi kamu…
Berbahagialah sesiapa yang dimasukan ke dalam Syurga
Dan di jauh kan dari azab Neraka jahanam..
Penghidupan dunia adalah palsu belaka…..

Yaa Nadzirah binti Aisah…Kamu sekarang berada di alam Akhirat dan menuju ke Alam Baqa..
Tinggalah disini hingga hari kiamat…
Sudah terputus segala kemewahan bagi kamu..sudah terlepas kesedapan Dunia bagi kamu…
Kamu tinggalkan harta kekayaan,pangkat,darjat,gelaran kebesaran
dan kedudukan yang engkau banggakan di Dunia….
Sesungguhnya sudah terpisah segala pekerjaan dan amalan dunia melalaikan
3 perkara yang engkau bawa untuk mengadap ALLAH Azzawajaala…
Sedekah yang engkau berikan seikhlas hati semata-mata kerana ALLAH S.W.T…
Ilmu bernafaat yang kau amalkan di dunia…
Dan anak yang solleh mendoakan bagi kamu….


Yaa Nadzirah binti Aisah….
Kami akan tinggal kan kamu di dalam liang lahad yang sempit dan gelap gelita ini….

Setelah 7 langkah kami meninggalkan kamu….
Maka ada datang 2 malaikat yang bernama Mungkar dan Nakir 

Untuk menyoal kamu dengan Perintah ALLAH s.w.t…..Maka jangan kamu takut serta gentar..
Jawablah dengan lidah fasih lagi lancar….kerana mereka juga makhluk ALLAH seperti engkau….

Mereka akan bertanya….

‘’Man rabbuka’’..siapakah Tuhan yang engkau sembah dgn sebenar- benarnya…

‘’Wamannabiyuka’’..siapakah nabi kamu…

‘’Wamaadiinuka’’..apakah agama kamu..

‘’WamaaQiblatuka…kemanakah Qiblat dan penghadapan kamu….

‘’Wamaa imaamuka…apakah ikutan kamu….

‘’WamaaIkhwanukan….siapakah Saudara-saudara kamu…

Ketika itu jawablah dgn lidah lancar lagi yakin…..

‘’Allahurabbi…Allah Tuhan yang ku sembah dengan sebenar-benarnya…

‘’Wamuhamadunnabiyi’’…Muhamad Salalahualaihi Wasalam Nabi ku….

‘’Walislamudiini’’..Islam agamaku…

“Wakaabatul Kiblati’’…Kaabah itu Qiblat dan penghadapan ku…..

‘’WalQuraanu imami’’…Al-Quraan itu pedoman dan ikutan ku..

‘’Waamuslimu na wallmukminu na ikhwani’’..dan setiap orang-orang Islam adalah saudara-saudara ku

Yaa Nadzirah binti Aisah….
Jangan sekali-kali engkau lupakan perjanjian dan pengakuan kita semasa di dunia…
Iaitu lafas 2 kalimahsyahadah…..dengan perkataan…

‘’Ashaduallailahaillalah’’….aku mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar- benarnya melainkan ALLAH s.w.t….

‘’Waashadu anamuhamadararasulullah’’….aku mengaku bahawasanya Nabi Muhamamad itu pesuruh Allah….

Wahai sekalian hamba Allah ketahuilah oleh kamu….
Bahawa mati itu benar…soal mungkar dan nakir itu benar…..
Azab dan nikmat kubur itu benar….semua manusia akan dibangkitkan di hari kiamat itu benar….
Dan akan diberi balasan syurga dan neraka itu juga benar……
Siksa kubur berselisih tulang rusuk kamu dari kiri ke kanan dihimpit bumi….
Jika kamu berdosa..ular sajatul akrar akan mematuk dan menghisap darah hingga hancur lebur segala urat dan daging kamu…
Nikmat kubur pula…di luaskan kubur kamu sejauh mata memandang..dihimpit bumi umpama anak kecil di dalam pelukan ibu kamu….maka tinggalah kamu disini dengan aman dan sentosa hingga hari kiamat….
Kami serah kan kamu kepada Allah yang maha pengampun lagi maha penyayang...untuk memberi balasan dengan apa yang telah kamu lakukan….

Yaa Nadzirah binti Aisah .

Mudah-mudahan dicucurinya Rahmat dan keampunan ke atas kamu…
Amin..Amin..Amin Yaa Rabbal ‘alamin

*aku takut dengan apa yang bakal ku tempuh*

Comments

Popular posts from this blog

Skim Pengakap Muda

BUKU LOG PENGAKAP KELANA