Bubur Yang Berkat


At Thabari merekodkan al-Ausath dengan sanad yang hasan (baik). Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, " Rasulullah S.A.W memanggilku lalu berkata, " Pergilah ke rumah dan katakan kepada seisi rumah, " Bawa makanan yang ada padamu ". Mereka memberiku talam yang berisi bubur bercampur kurma. Aku pun bawakan kepada Rasulullah S.A.W. Sesudah itu, beliau berkata lagi, " Panggillah semua orang yang ada di dalam masjid". Aku berkata dalam hati, " Celakalah aku. Aku lihat makanan ini terlalu sedikit. Benar-benar celakalah aku kerana bermaksiat dengan memanggil mereka, lalu mereka semua akan berkumpul."

Nabi Muhammad S.A.W meletakkan jari jemarinya ke atas makanan itu, meludahi setiap bahagiannya, seraya berkata, " Makanlah dengan nama Allah! ". Mereka pun makan dengan kenyang dan aku juga ikut makan hingga kenyang. Sesudah itu, aku mengangkatnya. Ternyata keadaannya sama seperti keadaan asal kecuali ada bekas jari-jari Rasulullah S.A.W ( yang meletakkan jarinya ke atas makanan tadi )

Antara mukjizat Rasulullah S.A.W. Tatkala aku terbaca buku Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah S.A.W, banyak benda yang aku tak tahu..
Kalau dibandingkan sekarang, keropok sekeping pun susah nak derma kat pengemis apatah lagi semangkuk bubur untuk mereka. Kita telah jauh dari yang sebenar.
Subhanaallah.
* terima kasih kepada Syahidah Muizzah kerana hadiah buku ini sebagai pautan kenangan.

Comments

Popular posts from this blog

Skim Pengakap Muda

BUKU LOG PENGAKAP KELANA