Skim Pengakap Remaja


1.0       Pengenalan
Unit Pengakap Remaja adalah bahagian yang ketiga dalam siri latihan berpengakap. Pengakap Remaja adalah selepas Pengakap Kanak-Kanak dan Pengakap Muda. Tujuan Pengakap Remaja ialah membolehkan Pengakap meneruskan latihan hingga tamat bagi suatu peringkat latihan yang sesuai dengan pertumbuhan jasmani dan rohani setelah menempuhi latihan Pengakap Muda. Pengakap Remaja melibatkan pelajar yang berusia 15 hingga 18 tahun. Lencana yang terdapat dalam Unit Pengakap Remaja ialah Lencana Jayadiri, Lencana Kemahiran, Lencana Kegiatan, Lencana Ekspidisi & Lencana Perkhidmatan.

2.0       Lencana Jayadiri
Lencana ini diberi untuk mengakui pengetahuan pengakap dalam kenegaraan, fungsi-fungsi Parlimen Malaysia, badan berkanun dan mempunyai Buku Log Pengakap yang kemas kini.
        i.            Mengetahui fungsi-fungsi Parlimen
      ii.        Melukis dan menerangkan rekabentuk bendera semua Negeri dala Malaysia dan mengetahui jata Malaysia dan negeri masing-masing.
    iii.            Menerangkan fungsi satu daripada agensi Kerajaan atau badan berkanun seperti UDA, MARDI, MARA, FAMA, FELDA dan lain-lain.
    iv.            Melukis peta negeri masing-masing serta menunjukkan kawasan Parlimen serta nama Ahli Parlimen yang berkenaan.
      v.            Mempunyai Buku Log Pengakap yang kemas kini.
2.2       Lencana Kemahiran
Lencana ini diberikan sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dalam kegiatan luar dengan memperlihatkan darjah tertinggi ilmu asas perbarisan, simpulan dan ikatan, projek perintis, ilmu berkhemah, nevigasi serta ikhtiar hidup.
        i.            Telah mencapai darjah yang tertinggi dalam ilmu latihan asas perbarisan
      ii.            Mengetahui cara mengikat:
·         Simpul tapak kucing
·         Simpul raga
·         Simpul serban
·         Simpul buaian
·         Lilit berkas tingkat
·         Genggam monyet
·         Sambat pendek
·         Ikat jepun
·         Ikat Filipina
·         Takal tali
    iii.            Membuat dan menggunakan system takal dan pancang dogang
    iv.            Membina satu projek perintis
      v.            Pengetahuan pemetaan
    vi.            Memahirkan ilmu dalam ilmu tahan lasak
  vii.            Mengenali tapak 5 jenis haiwan dan membuat 2 jenis ‘plaster casts’
viii.            Mengetahui cara membuat penganggaran tinggi dan lebar.
    ix.            Membuat 1 model projek perintis
      x.            Lakukan perkara berikut:
·         Berenang 50 meter
·         Melempar seutas tali yang panjangnya 20 meter sejauh 12 meter supaya jatuh ke kawasan antara 2 pancang yang jarak 2 meter dengan mendapat 2 kejayaan daripada 3 lemparan.
·         Mengetahui cara abseiling/ rappelling
·         Mengunakan tindih kasih gelung untuk menurunkan seseorang yang cedera dari tempat tinggi-5 m
2.3       Lencana Kegiatan
Lencana ini diberikan sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dalam ketukangan, tarian kebudayaan, seni kraf, pertanian, seni muzik, seni beladiri, ICT, dan pengendalian urusetia.
        i.            Pementasan
·         Mengambil bahagian utama sebagai pelakon atau pengarah lakonan

      ii.            Pertukangan kayu/logam
·         Membuat sebuah perabut
    iii.            Tarian kebudayaan
    iv.            Kraftangan/kerjatangan-cth: cap batik, anyaman, lukisan mural dll
      v.            Seni mempertahankan diri
    vi.            Dapat mamainkan sejenis alat muzik
  vii.            Mengelola satu perjumpaan seperti seminar, forum dll.
viii.            Pertanian
    ix.            Mengetahui jenis dan bahagian
      x.            Komputer

2.4       Lencana Ekspidisi
Lencana ini diberikan sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan rancang ekspidisi.
        i.            Latihan ekspidisi-Mengetahui keperluan peribadian patrol untuk ekspidisi dan menunjukkan kaedah membungkus dan membawa bekalan yang lengkap bagi penggembaraan tidak lebih 15 kg.
      ii.            Ekspidisi-
    iii.            Berkayak/berperahu 16 km
    iv.            Mendaki bukit/gunung

2.5       Lencana Perkhidmatan
Lencana ini diberikan sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dalam perkhimatan.
        i.            Memilih 1 daripada berikut:-
·         Pertolongan cemas
·         Pemadam api
·         Penyelamat nyawa
      ii.            Khidmat masyarakat 24 jam.

3.0       Anugerah Rambu Pengakap Remaja
Demi melayakkan diri menerima anugerah rambu pengakap remaja, seseorang Pengakap mestilah telah memegang 5 lencana tertinggi pengakap remaja selama 3 bulan dan menunjukkan sikap dan tingkah laku yang baik dan boleh dicontohi. Pesuruhjaya daerah ataupun penolongnya akan memberikan anugerah ini apabila seseorang Pengakap layak. Anugerah ini merupakan anugerah tertinggi bagi pengakap remaja sebelum anugerah pengakap raja. Wisel dipasang pada rambu sekiranya penerima anugerah merupakan Ketua Patrol atau Penolong Ketua Patrol.

Comments

  1. assalamualaikum...hebat blog ni...senang saya faham tentang skim pengakap remaja....walaupun sudah lama berpengakap tapi baru sekarang saya tahu berkaitan pengakap ramaja ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Skim Pengakap Muda

BUKU LOG PENGAKAP KELANA