XPDC GUNUNG LEDANG

Alhamdulillah...16 Februari 2013 ----> Puncak Gunung Ledang Berjaya Ditawan


Penginapan di Kem Asahan Saujana....
17 Februari 2013, hari yang ditunggu untuk mu Ledang
Sebenarnya, hanya tawakal jer naik Gunung Ledang ni
Sebab period pain yang amat sakit...1st day
Start naik tangga yang amat tinggi dan penat jam 9.15 pagi
 before that, make sure ape yang dibawa masuk WAJIB dibawa keluar
itu duit yer...sebab dah bayar RM100 utk sampah+barang yang dibawa masuk

Kami seramai 23 orang peserta berkumpul kat Pejabat Hutan then...melalui :
CP1 - Bukit Semput
CP2 - Trail Lagenda
CP3 - Batu Orkid
CP 5 - Sungai Tiga Segi
CP 6 - Gua Kambing
CP 7 - Bukit Botak
Destinasi - Puncak Gunung Ledang
* laluan ini tidak melalui CP4 iaitu Kolam Gajah

CP 1 - Jam 9.15 bertolak..sebelum sampai Bukit Semput, kena naik tangga.Namanya Tangga Mahligai..memang mahligai sangat sebab pacak menuju mahligai..huhu..kat sini, ade 2 peserta tarik diri..Lina + Cheq Ra jangan sedey yer..kerugian yer di situ..takpe, cuba lagi next time..sangat sesuai dengan namanya Bukit Semput..sebab aku memang tarik nafas kuda time nak naik bukit ni..Mr. Guider cakap, ni baru warming up..
* terima kasih kepada Adi sebab memberi gelaran Nafas Kuda kat aku :)
* terima kasih juga kepada Pete sebab memberi gelaran Alien Hardcore kat aku :)

CP 2 - Semua peserta tinggal lagi 21 orang.. masih bertahan mendaki gunung..ade sudah yang longgar lutut..
* aku nak bagi nama baru untuk checkpoint ni..tadi dah jumpa bukit semput..aku nak bagi nama Bukit Senak plak yang ni..senak kot perut aku..

CP 3 - Batu Orkid...sangat cantik..kenapa dipanggil Batu Orkid ?
* sebab pada batu yang sangat besar itu, ada pokok orkid kat atas nya..mcm dalam cite anaconda yang ada orkid tu..
* ada sahabat kaki nya kejang..aku hanya memberi bantuan dengan bagi pil muscle pain/yoko-yoko/krim Flanil..
* aku sapu krim Flanil dan yoko-yoko kat lutut dan betis..Alhamdulillah, sakit kurang.

CP 5 - Sungai Tiga Segi..kenapa dipanggil tiga segi ?
* mungkin struktur muka bumi + aliran air sungai itu terbentuk seperti segi tiga
* aku tidak akan lupa CP5 ini sebab aku berjalan laju dari CP2 semata-mata mati-mati percaya dengan kata-kata Mr. Guider yang mengatakan..." kat CP5 nnti awak semua boleh top up air, rehat, makan sikit dan buang air" . maka, dalam fikiran aku ada pondok atau apa2 tempat untuk aku melepaskan hajat kecil ku ini...Lastly, alamak!! hanya sebatang sungai yang airnya cukup tenang utk dipandang..so, hajat mesti ditunaikan jugak..berbekalkan botol kosong, air sungai ku cedok, ajak Sue teman g celah pokok...LEGA...Alhamdulillah.. :)
* kat sini ada 3 sahabat, Fariz, Ayu dan Azell tarik diri untuk turun kerana kaki kejang.
KFC - Killing For Climbing...mau tercungap aku nak lepas KFC ni..time ni plak rasa period pain + sakit perut yang amat...ingat cakap ustazah time sekolah dulu
* kalau sakit perut time susah nak cari ubat dan toilet, baca Ayat Kursi sambil buat pusingan arah jam dengan menggunakan ibu jari kat pusat..Alhamdulillah, sakit perut aku hilang dan bertahan sampai aku turun dari gunung.

CP 6 - Yang ni aku suka...Gua Kambing..bab memanjat ni aku suka..tapi tak dapat kenal pasti kenapa nama nya Gua Kambing..tgok pada struktur bumi fizikalnya, mungkin tak dapat detect sebab dah banyak pokok..Guna tangga untuk melepasi gua ini..fun!
* apa yang aku dapat detect, especially perempuan..step perlu jaga time panjat tangga..silap langkah, mau berdarah gusi sebab terjatuh dari tangga.
Batu Hampar - Fuhhh..tengok kat atas sana..alamak..tinggi..jangan tengok bawah...Alhamdulillah, peserta pertama sampai dan lepas Batu Hampar even memang tak berani tengok bawah..
Taman Bonsai - SubhanaAllah..sangat cantik..tak perlu pergi luar negera untuk tengok nikmat dan keindahan ciptaan Allah..Taman Bonsai trek selepas jalan dalam 5 minit dari puncak Batu Hampar..

CP 7 - Bukit Botak...agak botak yer..make sure kasut sesuai digunakan..sebelum sampai ke puncak kena naik tangga..agak gayat yer..sumpah, aku langsung tak tengok belakang bila panjat..mau kecur air liur ku..
Tapi, aku sangat suka time panjat memanjat ni sebab rasa kaki ringan dek kerana lutut ku dah longgar..
Kat sini, rakan-rakan berhenti makan.aku memang xlalu nak makan..aku hanya tanya kepada sesiapa yang memerlukan ubat...aku kan farmasi bergerak..
Alhamdulillah..dengan izin Allah..peserta pertama sampai di Puncak Gunung Ledang..pada jam 2.50 petang..
sejuk kerana hujan renyai2 dan kabus serta angin yang sangat kuat..hanya mampu bertahan sampai jam 3.20 sahaja..then, turun ikut laluan alternatif..

Laluan turun - Langkah masih kuat kerana banyak turun bukit...kalo bab naik, terus tukar gear 1..sakit lutut dah..Yoko-yoko dah passing kat orang yang lebih memerlukan..trek licin sebab hujan..Pete dan buat aksi superman dan ala-ala ski dah sebab tergelincir..
Alhamdulillah, jam 6.10 petang, aku daftar untuk keluar dan check barang..
Kumpulan terakhir yang sampai antara 18 peserta yang tinggal pada jam 8.00 malam..
semua selamat pulang dengan kaki kengkang dan senget sebelah jalan nya.. :)
  Muka-muka riang sebelum bertolak mendaki

 Batu Hampar

 Gua Kambing Adi di Taman Bonsai
  CP7 - Bukit Botak

  Taman Bonsai

 Anda mampu menawan nya..

 macam teletubbies dah sorang2 dengan baju hujan












memang semput
kita datang bersama, pulang pon bersama..

 berjaya ditawan..1276 meter..mahligai kayangan wahai puteri

 Thanks Bro Guider..mau semput layan kerenah kami..



muka ceria

LASTLY...ingatan bagi diri ku before hiking
* be prepared..bagi kaki practise terlebih dahulu..supaya tak kejang
* bawak lampu picit + make sure ade bateri
* bawak makanan ringan especially coklat..xdak selera makan berat
* bawak ubat sebagai preparation
* ingat...apa yang dibawa masuk, perlu dibawa keluar..hutan itu hak bersama..bukan kita manusia jer tinggal..hutan hak Allah
* aku lebih prefer tak pakai baju hujan time hiking..nampak macam sukar berjalan + bahaya if sangkut or terpijak dan terjatuh
* pakai buff bagi yang xpkai tudung..bahaya dari atas kita tak tahu
* lastly, jangan kejar orang..sila ikut stamina sendiri..jika ikut langkah orang depan, mungkin kejang..happened to my frens
* kasut yang cengkaman tapak yang sesuai..

- last but not least...i'm waiting for Nuang Mount next month -
kepada RAZIN..sila jeles sebab tarik diri dari xpdc ni..hahha


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Skim Pengakap Muda

BUKU LOG PENGAKAP KELANA