Entri Penuh Semangat

Entri penuh semangat...
Semangat ape pon aku tak tahu...
Kelu + Batu + Hiba + Malas + Sedih
Apa yang dibangkitkan dulu kian pudar
Apa yang dicanang hebat dulu kian hilang
Apa yang dibanggakan dulu kian punah
Aku sayang ITU kerana melibatkan satu pengorbanan
Aku bangga dengan ITU sebab melibatkan satu ikatan
Aku pertahankan ITU atas dasar satu tanggungjawab

Jika dulu..
Aku bersama rakan-rakanku JAGA kehebatan ITU selalu
Aku bersama rakan-rakanku TINGKATKAN prestasi ITU dengan langkah baru
Aku bersama rakan-rakanku AKTIFKAN masa-masa ITU dengan pelbagai inisiatif bersama

Tapi kini..
Aku bersama rakan-rakanku BIMBANG akan kehebatan ITU selalu
Aku bersama rakan-rakanku LIHAT prestasi ITU makin suram
Aku bersama rakan-rakanku HABISKAN masa-masa ITU dengan memikirkan inisiatif baru

Dengan harapan..
Cinta aku pada ITU akan diteruskan oleh pelapis yang baru
Kasih aku pada ITU akan dibangkitkan oleh peminat yang ikhlas

Wahai sahabat yang bersatu dibawah ITU,
Kenapa gadaikan tugas mu kerana kemelut jiwamu
Kenapa tinggalkan tugas mu kerana jawatan tinggimu
Kenapa pudarkan sinar dulu kerana alpamu

Tingginya akademik mu tidak menjamin tugas mu sesempurna tinggi nya
Banyaknya jawatan mu tidak menjamin pengalaman luas mu

Cuma berpeganglah pada satu...
Jagalah ITU kerana ITU adalah pengorbanan yang besar sejak dari dulu..


* rintihan rasa kerana aku sayang ITU 
* ITU adalah KLKM UPSI


Comments

Popular posts from this blog

Skim Pengakap Muda

BUKU LOG PENGAKAP KELANA