Bila mulut dah bersuara

Bila mulut dah bersuara
Apa yang dikata akan diiyakan sahaja
Bila mulut petah bermula
Apa yang betul dan salah sama sahaja
Bila bukti yang ditampil melebih segala
Yang mendengar terdiam tanpa berkata
Hanya tersenyum dengan gurau senda
Pabila kawan berkata biarlah dia dengan katanya
Asalkan kita tahu apa asal usul perkara
Yang salah jangan dibetulkan dengan kata nista
Biarlah dengan ayat yang berpada
Benar kata sang pujangga
" Kata-kata adalah racun berbisa "
 
11.51a.m 170413

Comments

Popular posts from this blog

Skim Pengakap Muda

BUKU LOG PENGAKAP KELANA