Posts

Showing posts from June, 2013

Kenapa orang Islam sembah Kaabah ?

Image
"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?" ...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak....."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah...... selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gam…

Kenapa rezeki susah nak masuk ??

Image
Rezeki bukan datang bergolek Tak juga datang dari atas langit Tapi datang dari usaha kita Kalau usaha dan doa sentiasa ada Allah takkan kedekut untuk beri kita rezeki Allah sentiasa memudahkan manusia Hanya manusia sering melalui jalan susah : : Mak : Na..ada duit belanja tak ? Na : Ada.. Mak : Berapa ? Na : Ada lah sikit..nak kata tak da duit, ade RM1 lagi dalam beg duit Mak : Anak yang paling susah mintak duit.
Tinggal seringgit pon diam lagi..ish..esok angah masuk duit
Na : Tak pe ker ? hehhe..Alhamdulillah : : Bak kata anak buah ku " Mak Uda ada seringgit lah tu " : : Seringgit pon duit jugak


maka..jangan sesekali kita kata kita ni tak da duit...duit boleh cari..tapi jangan curi ..
sambil buat muka comel, sengeh di hujung talian  - hujung semester biasa lah -

Sindiran sebagai satu kesakitan atau gurauan ?

Image
Hiyakkkk.... Hiyakkk...

Kasi pening ini kepala Kita jangan lepas geram kat orang kalo kite marah Kite tulis...Kite selawat banyak-banyak Kalau bukan salah kita sekali pun Kita senyum je Hiyakkk Hiyakkk Comel plak aku tengok si kuning ni joget
;: : : Hal ini kerana saya sedang BERSABAR bersabar dengan segala nya

yes...betol kata Ustaz... : fuh fuh : mari sambung belajar chaiyok..final year
hehe..but i'm still love my friends

Tujuan Al Quran Diturunkan ke Dunia

Image
Pernah tak anda rasa begitu lama tidak membaca Al Quran? Sehingga terasa gagap dan keras lidah untuk menyebutnya ? Sejujurnya aku pernah..mungkin sebulan aku terlalu lalai hal dunia, aku hanya mampu menyentuh Nya Masha Allah...sungguh..aku tahu akan sebutan nya... aku tahu akan tajwid nya.. Sesungguhnya Allah Maha Besar... Hampir 5kali aku ulang kembali untuk lancarkan ayat itu SubhanaAllah besar sungguh Agung Mu Aku sedar yang aku sebulan tinggalkan diari sebagai umat Islam ku Alhamdulillah kembali bersama hingga kini..

salam tarbiyah - berehat sebentar daripada kepeningan final exam - Wish Me Good Luck

BEZA AIR MAZI, AIR MANI DAN AIR WADI

Image
Air mani ialah cecair yang keluar ketika mencapai kemuncak syahwat ketika berjimak atau bermimpi hingga mengeluarkan mani.

Hukum air mani adalah suci.

Walau bagaimanapun apabila keluar air mani, maka seseorang itu wajib mengangkat hadas besar iaitu mandi wajib.

Air mazi ialah air yang keluar ketika ghairah.

Jika diyakini air yang keluar itu adalah air mazi, maka seseorang itu tidak wajib mandi hadas, memadai dia membasuh sahaja kemaluannya dan tempat yang terkena air mazi tersebut.

Ini kerana air mazi adalah najis mutawassitah (pertengahan).

Air wadi pula ialah air putih pekat yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita selepas membuang air kecil, atau mengangkat sesuatu barang yang berat atau kepenatan.

Hukumnya adalah najis mutawassitah iaitu sama dengan air mazi dan tidak perlu mandi wajib memadai dengan membasuhnya sahaja.

Sekiranya airmazi dan wadi terkena pada pakaian ketika solat, solattidaksah kerana kedua-duanya adalah najis mutawassitah.

Air mani tidak najis, jika terkena pakaian ket…