BEZA AIR MAZI, AIR MANI DAN AIR WADI

Air mani ialah cecair yang keluar ketika mencapai kemuncak syahwat ketika berjimak atau bermimpi hingga mengeluarkan mani.

Hukum air mani adalah suci.

Walau bagaimanapun apabila keluar air mani, maka seseorang itu wajib mengangkat hadas besar iaitu mandi wajib.

A
ir mazi ialah air yang keluar ketika ghairah.

Jika diyakini air yang keluar itu adalah air mazi, maka seseorang itu tidak wajib mandi hadas, memadai dia membasuh sahaja kemaluannya dan tempat yang terkena air mazi tersebut.

Ini kerana air mazi adalah najis mutawassitah (pertengahan).

A
ir wadi pula ialah air putih pekat yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita selepas membuang air kecil, atau mengangkat sesuatu barang yang berat atau kepenatan.

Hukumnya adalah najis mutawassitah iaitu sama dengan air mazi dan tidak perlu mandi wajib memadai dengan membasuhnya sahaja.

Sekiranya air 
mazi dan wadi terkena pada pakaian ketika solat, solat tidak sah kerana kedua-duanya adalah najis mutawassitah.

Air 
mani tidak najis, jika terkena pakaian ketika solat, solat tidak batal.

Semoga bermanfaat~

#ustazNasir#







Comments

Popular posts from this blog

Skim Pengakap Muda

BUKU LOG PENGAKAP KELANA