SMK Lubok Antu - Intro 1

Bismillahirahmanirrahim
sometimes Allah doesn't change your situation 
because
He trying to change your heart

MAKLUMAT ASAS SEKOLAH
SEJARAH SEKOLAH

v  1975 - Mula menerima pelajar baru dan menggunakan nama SMK Engkilili No. 2 dan terpaksa berkongsi bangunan dengan SK Lubok Antu ketika itu.

v  1976 - Mula menggunakan nama baru iaitu SMK Lubok Antu dan nama ini kekal sehingga sekarang.

v  1977 - Menerima bekalan elekrik untuk tempoh 12 jam daripada pihak swasta.

v  1979 - Mendapat pinjaman sebanyak RM2.2 juta dari Bank Dunia untuk kerajaan Malaysia bagi pembinaan baru sekolah. Kerja pembinaan dimulakan pada awal tahun 1980.

v  1983 - SMK Lubok Antu mula berpindahkan dari SRK Lubok Antu ke tapak sekolah yang baru (tapak sekarang). Proses perpindahan tersebut dilakukan enam bulan lebih awal memandangkan SRK Lubok Antu terpaksa menerima pelajar-pelajar dari semua sekolah rendah di kawasan pendalaman yang dijangka akan tenggelam akibat pembinaan Empangan Hidro Elektrik Batang Ai, di Wong Irup. Ketika itu pengetua baru sekolah tersebut ialah Encik Andin Brooke.

v  Sejak penubuhannya, pelajar sekolah ini hanya menerima pendidikan menengah rendah setakat tingkatan tiga sahaja. Setelah tamat tingkatan tiga mereka akan berpindah ke SMK Datu Patinggi Kedit, Betong dan SMK Sri Aman. Mulai Januari 2001, SMK Lubok Antu mula menawarkan tingkatan empat dan seterusnya tingkatan lima pada Januari 2002.

v  Sehingga kini SMK Lubok Antu telah ditadbir oleh 10 orang pengetua termasuk beberapa orang pemangku pengetua. Sejak itu, pelbagai perubahan dan perkembangan sekolah telah direncanakan. Kini SMK Lubok Antu berusaha mewujudkan sekolah berkesan dan cemerlang dalam semua aspek.


TAHUN
PENGETUA
1975 - 1977
En. Bilun Nunoi
1978 – 1980
En. Hillary Unsek Umbo
1981 – 1982
En. Wong Thou Siang
1983 – 1985
En. Andin Brooke
1986 - 1987
En. John Lusoi
1988
En. Sim Soo Heng (Memangku)
1989 – 1993
En. Justine Jawa Angam
1993
En. Sapawi Mahdi (Memangku)
1993 – Feb 2004
En. Stephen Engkabi
Feb 2004 - Sekarang
En. Leslie Tawan ak Gandil


now....En. Leslie Tawan ak Gandil still my Principal...tahun depan dah nak pencen katanya..
*very very caring teacher*

---fullstop----

Comments

Popular posts from this blog

Skim Pengakap Muda

BUKU LOG PENGAKAP KELANA