SMK Lubok Antu - Part 2

Bismillahirahmanirahim
When people hurt you over and over,
think them as sandpaper.
They scratch and hurt you.
But later, you'll be shining and polished,
while they end up useless.



Pengertian Warna
Kuning
Melambangkan perpaduan dan keharmonian seluruh warga sekolah ke arah visi dan misi yang sama.
Putih
Melambangkan kesucian ilmu yang membentuk peribadi luhur setiap warga sekolah dengan menerapkan keikhlasan dan kejujuran sebagai teras utama.
Hitam
Melambangkan keperbadian yang luhur dan jati diri yang utuh.
Merah
Melambangkan semangat juang yang tinggi dalam mengejar cita-cita dan mencipta kejayaan dalam semua bidang.

Pengertian Lambang
Bintang
Melambangkan matlamat pendidikan yang dijulang tinggi oleh setiap warga sekolah ke arah kecemerlangan berterusan.
Burung Kenyalang
Lambang keharmonian alam dan kesepaduan insan selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Perisai / Terabai
Melambangkan usaha dan jitu dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang selesa dan kondusi
Obor
Melambangkan semangat berkobar-kobar dalam usaha merealisasikan wawasan ke arah sekolah cemerlang. Ia juga melambangkan semangat juang yang tinggi untuk mencapai kecemerlangan gerak kerja kokurikulum dan sukan.
Pena
Melambangkan budaya ilmu yang menjadi tunjang kejayaan warga SMK Lubok Antu.

VISI SEKOLAH

STRIVE TOWARDS EXCELLENCE
----------*----------

MISI SEKOLAH

Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam
bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan jasmani melalui aktiviti yang
menarik dan berkesan.

-------------------*-----------------

OBJEKTIF SEKOLAH

                                            i.            Memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan secara menyeluruh;
                                          ii.            Mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum;
                                        iii.            Memastikan setiap murid beriman, berakhlak mulia, berbudi pekerti;
                                        iv.            Memupuk suasana harmoni di semua peringkat yang melibatkan guru, ibu bapa, kakitangan dan pelajar;
                                          v.            Memastikan persekitaran pembelajaran bersih, ceria dan selamat;
                                        vi.            Memastikan disiplin sekolah terkawal.

---------------------*---------------------

PIAGAM SEKOLAH

Kami, warga Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Antu dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
·         Menyediakan pendidikan berkualiti dan terbaik kepada anak didik dengan memberi peluang seluas-luasnya demi memperkembangkan potensi individu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan;
·         Berusaha untuk menyediakan Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Antu sebagai institusi pendidikan yang unggul dalam bidang kurikulum dan kokurikulum;
·         Memastikan kebajikan pelajar dan staf diberi perhatian yang sewajarnya;
·         Memastikan ujian dan peperiksaan dilaksanakan tanpa bocor;
·         Memastikan sekolah sentiasa peka dan responsif akan kehendak pelanggan dengan :
v  Sentiasa memberi layanan perkhidmatan kaunter yang mesra;
v  Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran daripada semua pihak demi mempertingkat prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.


today is plan for tomorrow
-----fullstop----

Comments

Popular posts from this blog

Skim Pengakap Muda

BUKU LOG PENGAKAP KELANA