BUKU LOG PENGAKAP KELANA


tahun baru 2016

*atas permintaan junior2 pengakap kelana kusel, minta untuk saya buat nota 
berkenaan pengakap kelana...ni je hakak sempat post kt blog. 
yang lain hakak tinggal kat kampung. (xox)
* nota tu saya ambik dari jurulatih saya, bapak Fadzil dan bapak Amir. hihi...:)

PERJALANAN ANDA KE ARAH ANUGERAH BP

A) PENYEDIAAN BUKU LOG KE ARAH  

Buku log sangat penting sebagai bukti penglibatan ahli kelana dalam aktiviti kepengakapan. 
Untuk melayakkan diri kita ke arah Anugerah BP Award, kita perlu menyediakan 5 buku log.
1. Buku log lencana keahlian (WAJIB)
2. Buku log lencana kemahiran (WAJIB)
3. Buku log lencana pengembaraan / ekspedisi (WAJIB)
4. Buku log lencana perkhidmatan (WAJIB)
5. Buku log lencana pilihan (Kepimpinan @ ICT @ Aktiviti Ekstrem @ Penyelamat Nyawa 
    @ Keusahawanan)

* masa ujian BP Award tahun 2012, aku guna buku log kulit keras tu sebab En. Fadzil dah ajar dari aku time upsi..tulis diari aktiviti kat buku log tu. Ada individu dari negeri XXXXX, dia buat bertaip dan print..ala-ala folio tu..so, teguran daripada para2 penilai ialah, GUNA BUKU LOG dengan penulisan tulisan kita sendiri..dah namanya dairi..xkan masa aktiviti pengembaraan kita nak bawak laptop n printer sekali..no komen...lain orang, lain cakap nya. ok.stop

* setiap lencana tidak lah wajib mengikut susunan nya tetapi yang 1st mesti lah Lencana Keahlian. 

B) LENCANA KEAHLIAN

- Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui bahawa ia adalah
seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu.
- Sebelum dilantik menjadi Ahli Kelana dan dianugerahkan Lencana Keahlian, seorang
Bakal Kelana akan diuji dalam perkara-perkara berikut, untuk memberi pengetahuan
dan kemahiran asas dalam berpengakap.
- Intipati :
1. Memahami dan menerima Persetiaan & Undang-undang Pengakap.
2. Dapat menerangkan tujuan Pergerakan Pengakap dan menyedari peranan Pengakap Kelana.
3. Mengetahui sejarah Pergerakan Pengakap di Malaysia dan Pergerakan Pengakap Antarabangsa.
4. Menjalankan kerja-kerja amal kepada masyarakat setempat bersama pasukan seminima enam jam.
5. Mengetahui cara mengikat dan menggunakan simpulan dan ikatan berikut :
                a. Buku Sila (Reef Knot)
                b. Bunga Geti (Sheet Bend)
                c. Simpul Manuk (Clove Hitch)
                d. Tindih Kasih (Bowline)
                e. Lilit Dua Simpul (Round Turn and Two Half Hitch)
                f. Lilit Pemati Biasa (Common Whipping)
                g. Ikatan Seraya (Square Lashing)
                h. Ikatan Serong (Diagonal Lashing)
6. Mengamalkan ajaran agama masing-masing.

C) LENCANA KEMAHIRAN

- Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti luar dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan kegiatan seperti berkhemah, projek perintis, ikhtiar hidup dan pandu arah.

A : BERKHEMAH

1. Pengetahuan dan kebolehan berkhemah secara teori dan praktikal berdasarkan tajuk-tajuk berikut :
    a. Pengurusan dan pentadbiran perkhemahan
    b. Persediaan sebelum, semasa dan selepas perkhemahan
    c. Pemilihan tempat dan tapak, penyediaan peralatan dan makanan
    d. Jenis khemah dan cara mendirikannya
    e. Dapur, alatan dan Gejet serta kegunaannya
    f. Aktiviti dan program perkhemahan
   g. Kesihatan dan kebersihan
   h. Aturan Penutupan Perkhemahan

2. Nota : Perkara yang perlu dibuat oleh setiap calon:
    - Berkhemah seminima 10 malam di dalam siri-siri perkhemahan dan menyediakan
       laporan perkhemahan
    - Mendirikan khemah kecil / pondok untuk perlindungan

B : PROJEK PERINTIS 

1. Mengambil bahagian berkumpulan membuat SATU Projek Perintis bagi setiap kategori
    yang dinyatakan di bawah:
      - Jambatan
      - Menara
      - Lain-lain
        (merangkumi projek perintis pengangkutan, permainan dan selain daripada yang
         dinyatakan di atas)
2. Menyediakan model bagi semua Projek Perintis yang telah dibina dalam bahagian (1)
3. Pengurusan Kuartermaster : Menyatakan, memahami dan menjalankan peranan sebagai
    Kuartermaster yang menguruskan segala peralatan dan bahan projek perintis supaya
    berada dalam keadaan baik, teratur dan selamat.

C : KAWAD

Mengetahui tatacara dan hukuman kawad
- Kawad Kaki Pengakap
- Kawad Tongkat Pengakap
- Mengetahui dan memenuhi segala syarat untuk menjadi seorang Ketua Kawad

D : ORIENTERING

Mengetahui asas orienteering dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai siri latihan
dan aktiviti yang dijalankan.

E : IKHTIAR HIDUP

Mengetahui asas ikhtiar hidup dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai siri latihan
dan aktiviti yang dijalankan.

F : PENGANGGARAN

Mengetahui sistem penganggaran dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai siri
latihan dan aktiviti yang dijalankan.

D) LENCANA PERKHIDMATAN

Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran,
ilmu pengetahuan dan kecekapan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam
melaksanakan perkhidmatan.

A : BANTU MULA – wajib

1. Calon dikehendaki mengikuti latihan atau kursus yang diakui oleh mana-mana
persatuan atau manamana Pegawai Perubatan bertauliah yang mengendalikan latihan
rawatan dan pertolongan cemas dalam jangkamasa tertentu.
2. Calon hendaklah mempunyai pengetahuan berkenaan seperti butiran di bawah
dan juga mempunyai kemahiran bertindak memberi rawatan kecemasan :
  -Mengetahui tujuan dan peraturan rawatan kecemasan dan keadaan yang memerlukannya.
  -Mengetahui dan memahami struktur tubuh badan dan peranannya.
  -Mengetahui peredaran darah manusia serta jenis pembuluh.
  -Mengetahui jenis-jenis luka serta jenis pembalutan serta cara menghentikan pendarahan
   dari mulut, hidung dan telinga.
  -Mengetahui cara merawat gigitan serangga, binatang kecil dan binatang berbisa.
  -Mengetahui punca dan cara merawat keracunan daripada makanan, bahan kimia
   dan lain-lain.
  -Mengetahui sistem pernafasan manusia dan merawat permasalahan bantu mula bagi
   permasalahan berkaitan dengan sistem pernafasan.
  -Mengetahui dan mengaplikasikan teknik pemulihan pernafasan.
  -Mengetahui dan merawat jenis patah tulang dan anduhan serta cara memindahkan mangsa
   yang cedera.
  -Mengetahui Peti Pertolongan Cemas serta alatan di dalamnya.

B : KEBAJIKAN AM – Wajib

Menganjurkan suatu projek Perkhidmatan Masyarakat yang melibatkan masyarakat setempat.
DAN (Minima SATU daripada Bahagian C dan D)

C : PEMELIHARA ALAM SEKITAR

1. Calon dikehendaki berhubung dengan Pesuruhjaya Daerah atau Jawatankuasa Program
    Daerah untuk menentukan projek-projek kempen pemeliharaan alam sekitar yang dapat
    dijalankan di tempat masing-masing dalam tempoh 3 bulan.
2. Antara projek-projek yang disyorkan adalah seperti:
    - Kempen Kebersihan Alam Sekitar
    - Kempen Kitar Semula
    - Kempen Kawasan Angkat Krew

D : KEBAJIKAN

- Menjalankan projek bantuan yang boleh disampaikan kepada mangsa bencana alam
- Menjalankan Projek Anak Angkat Krew Pengakap Kelana samada kepada Kumpulan-
  kumpulan Pengakap atau kawasan-kawasan yang bersesuaian untuk perkhidmatan
  berterusan.
- Menderma darah seminimum 3 kali kepada hospital kerajaan atau Pusat Darah Negara
  serta mempunyai rekod yang sah.
- Menjalankan perkhidmatan di Rumah-rumah Kebajikan

E) LENCANA PENGEMBARAAN

Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kegiatan
dan aktiviti pengembaraan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan
program dan rancangan pengembaraan tersebut.

A : PENGEMBARAAN

1. Menjalankan salah SATU daripada pilihan pengembaraan berikut:
· Berjalan kaki sejauh 60km (masa bermalam: minima 2 malam)
· Berdayung sampan/rakit/kayak sejauh 30km (masa bermalam: minima 2 malam)
· Berbasikal sejauh 100km (masa bermalam: minima 2 malam)
· Bermotosikal sejauh 500km (masa bermalam: minima 2 malam)
· Berkereta sejauh 800km (masa bermalam: minima 2 malam)
· Berkenderaan awam (bas/kereta api) sejauh 1000km (masa bermalam: minima 2 malam)
* Semua perjalanan di atas hendaklah merangkumi tidak kurang dari 3 perjalanan kecil yang berasingan dan berbeza keadaan geografinya.

B : LAPORAN PENGEMBARAAN

1. Menyediakan buku log pengembaraan yang lengkap dan dikemaskini yang disertakan
bahan sokongan seperti gambar, lakaran, peta, rakaman video dan menyerahkan
kepada penilai di dalam tempoh 15 hari selepas tamat pengembaraan.
2. Bahan sokongan seperti gambar, gambarajah, peta dan rakaman video dan
seumpamanya hendaklah diserahkan kepada Penilai bersama Buku Log Pemgembaraan.

C : PERSEDIAAN PERJALANAN

1.Setiap pengembaraan perlu ada persediaan dan destinasi hendaklah dirancang
   terlebih dahulu.
2.Tempat-tempat sejarah dan rekreasi, perusahaan kampong, penghidupan kelompok
   kecil, penempatan orang asli dan tempat yang boleh memberi cabaran eloklah
  dimasukkan kedalam program pengembaraan.
3.Rancangan pengembaraan hendaklah dipersetujui oleh Ketua Kelana,
   Ketua Kelana hendaklah memberi nasihat, panduan serta peraturan bagi
   memastikan pengurusan pemgembaraan itu mengikut cara berpengakap.
4. Mesti mengetahui cara menyediakan Buku Log Pengembaraan.
    Perkara penting yang wajib ada :-
    a. Tarikh, masa, dan tempat, waktu tiba dan waktu berlepas.
    b. Pada pengembaraan dan gambaran keadaan alam semula jadi.
    c. Rekod temu ramah, kajian, dan pendapat.
    d. Projek
    ( jika dikehendaki membuat projek, lokasi, penyertaan masyarakat, masalah, kejayaan.)
    e. Cetusan rasa digambarkan melalui lukisan, foto, rakaman video, puisi, dan sebagainya.
    f. Langkah keselamatan hendaklah diutamakan. (penilaian dan risiko)

D : PERINGATAN

1. Calon boleh melaksanakan pengembaraan di dalam satu krew di antara 2 hingga 4
    orang sahaja. Pemakluman Pengembaraan dan kebenaran Pesuruhjaya Daerah serta
    pihak berkuasa (Polis, Jabatan Hutan.) hendaklah diperolehi sebelum pengembaraan dimulakan.
2. Calon hendaklah sentiasa menjaga imej Pengakap Kelana dan juga menunjukkan contoh
    teladan yang baik kepada masyarakat.

E : KAJI CUACA

Calon hendaklah mencatatkan pemerhatian keadaan cuaca di sepanjang pengembaraan dengan
format yang lengkap seperti catatan keadaan cuaca semasa. Kedudukan arah angin, bacaan suhu,
ketinggian (altitude), jenis awan dan lain-lain yang berkaitan dengannya.

F : LENCANA KEPIMPINAN

Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kepimpinan dan pengurusan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program seperti Kursus, Seminar, Bengkel, Campfire Night.

Menjalankan salah satu daripada perkara-perkara berikut :
A. Kursus Kepinpinan Manikayu
Menghadiri Kursus Kepimpinan Manikayu sehingga Peringkat II.

ATAU

B. Pengurusan Acara
Mengetuai sebuah Jawatankuasa atau mengambil bahagian dalam sebuah jawatankuasa         penganjuran sesuatu acara.
contohnya : Perkhemahan Daerah, Jambori, Perkhimpunan Kelana, Forum, Seminar, Bengkel, Kursus dan lain-lain

ATAU

C. Kursus Pemantapan
Menghadiri kursus pemantapan dan kecermelangan diri
contohnya : Kursus Motivasi, Kursus Pengurusan Masa, Kursus Pendidikan Kesihatan dan Lain-lain.

ATAU

D. Komunikasi dan Pengucapan Awam
Menghadiri kursus Pencucapan Awam dan Komunikasi yang dianjurkan oleh pihak yang bertauliah.

ATAU

E. Pentadbiran
Menjawat jawatan pentadbiran dan di dalam mana-mana persatuan yang diiktirafkan dan sah dari
undang-undang.

ATAU

F. Anugerah Kepimpinan
Menerima Anugerah Kepimpinan daripada mana-mana organisasi dan agensi contohnya : Anugerah

Kepimpinan Perdana, Anugerah Remaja Perdana, Anugerah Kepimpinan Belia dan lain-lain.

G : LENCANA ICT

Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti luar dengan memperihatkan tahap tertinggi dalam teknologi komunikasi maklumat dan hubungan antarabangsa.

A : TEKNOLOGI MAKLUMAT
Menjalankan aktiviti-aktiviti berikut :
· Mengetahui perkara-perkara asas berkenaan pengendalian computer.
· Boleh melayari internet menggunakan enjin pencarian untuk proses pencarian maklumat.
· Menyediakan sebuah persembahan / laporan / log yang sesuai dengan menggunakan perisian berikut   bagi :
           o Windows, Linux, Macintosh
           o Microsoft Office Word, Excel dan Power Point
· Mengahsilkan sebuah persembahan multimedia.
· Menghasilkan dan mentadbir sebuah laman web seminima 3 bulan.

ATAU

B : KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN
Menjalankan aktiviti-aktiviti berikut :
· Mengirim berita menggunakan Kod Morse (Lampu atau buzzer) dengan kelajuan 15 perkataan
seminit.
· Mengirim berita menggunakan isyarat bendera Semaphore dengan kiraan seminima 25 perkataan
seminit.
· Lulus peperiksaan Lesen B Radio Amatur yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM).

ATAU

C : PERHUBUNGAN ANTARABANGSA
Melibatkan diri secara aktif di dalam mana-mana aktiviti Kelana peringkat antarabangsa atau
menjalankan aktiviti yang menghubungkan persaudaraan di antara Kelana Malaysia dan Kelana-kelana Antarabangsa.

H : LENCANA AKTIVITI EKSTREM

- Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti lasak luar seperti mendaki, menyelam, eksplorasi, berakit dan aktiviti ekstrem dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan kegiatan tersebut.
- Telah melibatkan diri seminima TIGA kali di dalam mana-mana SATU daripada kegiatan ekstrem di bawah:

· Mendaki Gunung.
· Menyelam Skuba (Scuba Diving).
· Berakit di Air Deras (White Water Rafting).
· Berkayak di Laut / Sungai (Kayaking).
· Eksplorasi Gua (Caving).
· Wall / Rock Climbing.
· Paintball dan Sukan-sukan Ekstrem yang lain.

· Lain-lain aktiviti yang dinilai berkaitan dengan aktiviti ekstrem

I : LENCANA PENYELAMAT NYAWA

- Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan perkhidmatan penyelamat nyawa,
khidmat bantu mula, pengurusan risiko dan ikhtiar hidup.
- Memiliki salah satu daripada empat kelayakan menyelamat nyawa seperti dibawah dan sentiasa bersiap sedia di dalam memberikan perkhidmatan :
· Outdoor Survival.
· Pertolongan Cemas peringkat tertinggi (Advance).
· Bronze Cross.

· Pengurusan Risiko (Risk Management Course).

J : LENCANA KEUSAHAWANAN

- Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran tahap tertinggi, kegiatan dan rancangan seperti penternakan, perikanan, pertanian, perladangan dan perniagaan dengan memperlihatkan dalam melaksanakan program dan perkhidmatan.
- Menjalankan salah satu daripada aktiviti-aktiviti keusahawanan seperti berikut selama meninima enam bulan dan menyediakan penyeta kewangan yang lengkap dan disahkan :
· Penternakan.
· Perikanan.
· Pertanian / Perladangan.

· Perniagaan.

once ahli kelana sudah siapkan semua buku log (+ ilmu di dada kononnya), thats mean u r ready untuk ke UJIAN  B-P Award... saya 2nd batch B-P Award tahun 2012, diadakan di Wisma Shafie Mohd Salleh, Balakong, KL, ujian tu 4 hari rasa nya. 
forgot already..boleh rujuk entri lama (BP AWARD 2012)sejak bekerja di Borneo ni, saya tidak dapat update terkini pasal ujian BP tu..maka i am not sure about the latest silibus or skema or bentuk2 ujian nya.

K : ANUGERAH B-P 

a. Setelah seorang Pengakap itu telah memenuhi dan mencapai syarat-syarat Lencana-
lencana Pengakap iaitu Lencana (Wajib) dan Lencana (Pilihan), Pengakap Kelana itu
akan dianugerahkan Anugerah B-P.
b. Untuk mendapatkan Anugerah B-P ini, Pengakap Kelana tersebut hendaklah berumur
di antara 18 hingga 25 tahun sahaja.
c. Borang Pencalonan Anugerah B-P akan disediakan oleh pihak Ibu Pejabat
Persekutuan Pengakap Malaysia.
d. Sijil dan Anugerah B-P ini, akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.

==================tahniah===================salam pengakap================




Comments

Popular posts from this blog

Skim Pengakap Muda