PERCUTIAAN KE MUKAH

how's your feeling right now???

sekarang feeling saya adalah nak cuti pulang ke semenanjung
tetapi rindu masa bujang berjalai-jalai merayap dengan geng bujang
so kali ni aku nk tulis pasal throwback pasal

ROAD TO MUKAH FROM LUBOK ANTU

HARI 1 (28 OGOS 2015 )
Peserta merayap - Nad, Zatie, Azmi dan Firdaus a.k.a Fifi
Driver - Of cos lah Fifi
Waktu bertolak - 12.30 t/hari tepat dari rumah Fifi @ Kuarters Guru SMK Lubok Antu
Kenderaan - Viva Pailang (PLG) Zatie
Jalan - Lubok Antu ~ Betong  ~ Saratok ~ Sibu ~ Mukah
Masa sampai ~ 8.00 malam (7jam 30 minit)
Persinggahan ~ Makan tengah hari di RnR Betong. Makan durian kat tepi jalan Sibu.
Solat di Petronas Sibu
Coretan : Nk cita pasal RnR Betong tu. Cantik toilet tu depa hias. Kalah kelas kat sekolah.
Makanan kat kedai RnR tu pon murah. Jauh lagi murah dari kedai kat Lubok Antu.
Tension mak pikir pasal harga kat LA . 
Part makan durian tu aku suka. Kenangan makan durian jual di tepi jalan.
Orang lain makan durian 1minit habiskan 2,3 ulas, aku makan 1 minit lebih/1 ulas.
Pernah rasa ada orang calit isi durian tu kat muka kau tak ??
Aku dan rasa, mestilah di Fifi yang buat. cisssss aku ingat part tu
Aku suka makan part ekor isi durian. sedapppp...(hanya aku yg faham feeling makan ekor tu)
Kami check in hotel area pasar basah betul-betul kat pasar lama tu. 
Nama hotel Mandarin Inn jadi tempat kami stay, area tu hotel murah dan luas bilik nya. 
Berbaloi lah dengan harga rm40 untuk aku dan zatie tido lena krohh.
Dalam hati...mak ai jauh nya Mukah.
Malam nya kami makan di sebuah restoren di muara sungai,
Kami cuba makan umai..sedap..(kalau aku masak, confirm tak jadi)

HARI KE-2 ( 29 OGOS 2015 )
Kami ke Mini Muzium Melanau -- Sapan Puloh
serius...too much things aku dapat.
budaya dan kepercayaan orang Melanau.
Zatie dan Azmi not interested utk tahu pasal sejarah.
differ to Fifi, dia memang suka sejarah.
dan aku, of coz berminat dengan benda baru dan benda pelik
i give u 5 star untuk Encik tu (forgot already nama penjaga tempat)
Sesiapa yang nak pergi ke tempat ni, boleh search kat FB SAPAN PULOH.
ada contact number encik tu.
Petang tu kami ke Pantai Oya.
Yang ni lawak, BBQ kat dalam semak (asalkan tempat teduh), bawah pokok kelapa.
Punya jauh jarak pantai dengan daratan ni ha. 
Basuh ikan n hotdog guna air pantai dah lenguh kat situ
Ok..kami memang sweet.
Pastu mcm biasa, layan mata2 lelaki ni cuci mata negok sulu bajik kat tepi pantai.
Malam nya, kami karaoke.
Azmi nanyi...hahhaa..akhirnya, hasil berduet dengan azmi.
Fifi, kau memang superb bab nanyi lagu sambil berdiri atas sofa.
memori.

HARI KE-3 ( 30 OGOS 2015 )
Huaaaaa....nak balik Lubok dah.. serius rasa xpuas (bagi aku lah).
Pagi tu, pergi beli nasi lemak dan kuih kat pasar Mukah.
Beli umai 2 bekas, dengan harapan akan dimasak balik LA nnti.
Breakfast tepi pantai.
Ok !! ni sweet gila. Rasa mcm xnak balik LA.
Dengar bunyi air laut dan hembusan angin gituuu
Mukah best tempat bagi tekak Melayu mcm aku untuk makanan.
Mukah best place untuk orang suka berjalan dan kenal budaya setempat (mcm aku)
Mukah is one of best place nak makan UMAI ...try it once ada kat Sarawak.
Tengah malam baru sampai LA selepas melepak di Sibu dan Betong.
thanks driver sebab tunaikan hasrat kami nak berjalan ni.


PERINGATAN PERJALANAN
1. Bawak bekal makanan sebab kalau anda tidak biasa di Sarawak, halal haram mau jaga.
    Kita tak dapat beza sangat rupa daging2 ni. Hampir sama rupa sate daging ayam dengan BaB1.
    Daging haiwan lain pon ada.
2. Solat jangan lupa. So, bajet masa untuk sampai ke Bandar utama tu pukul berapa. 
    Sebab kat sini bukan macam semenanjung banyak RnR.
    RnR Temudok (Simpang Sri Aman, tapi aku xlalu taw sbb aku dari LA) 
    tu pon aku tak yakin nak solat.
    Sebab aku pernah nampk anjing berkeliaran luar surau tu.
    Sebab pili air kongsi perempuan dan lelaki. 
    Yang penting kita yakin ye. Kalau was-was, jangan singgah. 
3. Jangan memandu laju jika lalu kawasan perkampungan
    Pasal apa aku cakap macam tu ? Orang Iban ada cakap, mereka akan menyumpah driver2 
    yg suka drive laju tu. Sampai 1 tahap, sumpah sampai accident. 
    Yes, pernah berlaku di LA smpai maut/GILA (tapi bukan driver tu lah yang maut tapi gila ja).
    Kalau aku, aku pun menyumpah. Bahaya kot drive kat kampung.
    Kawasan orang lalu jalan kaki kiri kanan. 
4. Survey dulu. Bagi menjimatkan masa. Google jer. Dunia di hujung jari.


parking sat..
makan durian










hakak dah ckap, bebaloi




murah2...ikan beli selonggok tu mau tahan 2minggu




buah apa??? sedap

buah apa????
























seni benang emas yang sangat kemas dan teliti
bahan sejarah






yang ni paling aku takut




serius..cantik..budaya menarik


pokok limau laut banyak kat sini
cc : azrul azizul mukminin suka pokok tu
(just memorize the past)



ce teka apa ni?
can i label as kubor ??
Tempat mayat bagi orang yang tinggi darjat nya.
Jerunai Sri Tellian


bye2 Sapan Puloh


ready to check out


makan lunch kat sini.
hakak bagi 5 bintang...sedap bagi perut orang melayu mcm aku


binaan yang cantik di masjid di Mukah
nama apa xtaw masjid ni...












selesai solat 




Harap maaf...venue tangkap muat ja ni


Ikan Freshhh


Kebulur


Datin Tipah


tu dia...gadis2 yang diintai oleh Mimi dan Fifi









Allahuakhbar....





tempat lepak malam akhir sambil tengok konsert live..haha


ni lah jentera kami..mak ayah sedang mngemas


Mandarin Inn..hakak bagi 4 bintang sebab uncle baik.




Pantai apa xtaw nama ni kat Mukah
Kaul Fiesta venue




ini Bandar Sibu


driver fast-n-furious


kami bukan anti sosial ok...update post


singgah sat kat Surau DarulIslam dekat Jln Bandong Sibu


anime guy


we all kat Parkson


this is Sibu..

-----after one year trip ni, aku baru pos-------
hampeh!

trip 2016 ialah borneo highland dan brunei.
oyehhh

alhamdulillah
ukhwah masih terjalin

STOP






Comments

Popular posts from this blog

Skim Pengakap Muda

BUKU LOG PENGAKAP KELANA